Azmin yakin calon Harapan mampu angkat suara rakyat

Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih mampu mengangkat suara rakyat.

Menteri hal ehwal ekonomi itu berkata demikian mengulas pencalonan Muhammad Aiman bin Zainali, 30, seperti diumumkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

“Saya ingin menyatakan sokongan penuh kepada calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, saudara Muhammad Aiman bin Zainali.

“Saya yakin anak tempatan ini mampu membawa suara rakyat Semenyih ke Dewan Negeri Selangor,” katanya.

Aiman, seorang jurutera kini adalah seorang penuntut jurusan kejuruteraan peringkat doktor falsafah di Universiti Teknologi Mmara (UiTM).

Beliau juga adalah menantu kepada bekas wakil rakyat, Bakhtiar Mohd Nor yang meninggal pada 11 Januari lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu, Bakhtiar merampas kerusi Semenyih apabila mendapat 23,428 undi dan meninggalkan pesaing terdekat sebanyak 8,964 undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72930

Posted by on Feb 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE