Azmin yakin Kemakmuran Bersama manfaatkan rakyat

Menteri Hal Ehwal Eknonomi, Azmin Ali yakin tujuh teras Kemakmuran Bersama yang diumumkan perdana menteri semalam mampu memperbaiki keadaan semasa ekonomi negara.

Timbalan presiden KEADILAN itu optimis jurang miskin dan kaya akan berkurangan menerusi wawasan tersebut.

“Malaysia memang mewah dengan hasil buminya tetapi tidak dikongsi secara adil dengan rakyat di bawahnya

“Maka wawasan Kemakmuran Bersama menjamin semua rakyat mendapat pengagihan kekayaan negara secara adil dan teragih khususnya yang berada di luar bandar dan desa seterusnya dapat mengurangkan kesenjangan rakyat pada hari ini,” katanya selepas Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu semalam.

Sementara itu , Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar mahu melihat mandat yang diberikan rakyat setahun lalu digunakan sebaik mungkin untuk perubahan masa hadapan.

“Negara kita sedang melalui transisi yang telah lama dinantikan dan transisi ini bukan senang untuk dicapai dalam masa setahun.

“Oleh itu mandat yang telah diberikan kepada kita memerlukan kita bekerja lebih kuat, lebih kerap agar terjamin masa depan negara.

“Ini gambarkan bahawa Malaysia sanggup untuk bawa perubahan dan itulah hadiah rakyat Malaysia untuk selamatkan negara kita. Perubahan itulah yang kita akan ingat selama-lamanya,” katanya.

Dr Mahathir dalam perutusan semalam mengumumkan gagasan Kemakmuran Bersama yang menumpukan kepada pembahagian pembangunan dan kekayaan negara untuk dinikmati secara adil antara semua rakyat.

Beliau menggariskan tujuh teras strategik utama bagi memastikan matlamat Kemakmuran Bersama dapat dicapai.

Antaranya, penstrukturan dan penambahbaikan ekosistem perniagaan dan industri negara, sektor pertumbuhan baharu, reformasi bakat dan sumber tenaga negara, memperbaiki pasaran buruh dan pendapatan pekerja, memperkukuhkan kesejahteraan sosial, pembangunan wilayah yang inklusif serta peningkatan modal sosial masyarakat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73453

Posted by on May 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE