Bajet Selangor Cakna Ilmu

Bajet Negeri Selangor yang dibentangkan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan bahawa kerajaan Selangor mementingkan ilmu sebagai teras kepada masyarakat. Sejumlah RM8.65 juta diumumkan menteri besar untuk menaik taraf tiga buah perpustakaan daerah dan satu perpustakaan desa bernilai RM8 juta, membina perpustakaan desa baru bernilai RM450,000 dan melengkapkan koleksi sebanyak RM200 000.

Disamping itu sejumlah RM40 juta juga diperuntukkan untuk kerja-kerja membina sebuah parking perpustakaan bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Peruntukan ini akan memberikan impak yang lebih besar kepada institusi pendidikan disamping menggalakkan lagi para pengunjung untuk datang ke perpustakaan. Tentunya berita gembira ini akan menjadi galakan kepada perkembangan ilmu di Selangor.

Kerajaan negeri juga jelas mementingkan ilmu apabila sebanyak RM181,975,020 diperuntukkan untuk memperkasakan institusi pendidikan di Selangor. Malah peruntukan untuk pendidikan tinggi juga ditingkatkan kepada RM101.73 juta berbanding RM28.5 juta sebelum ini.

Kakitangan awam juga diberikan suntikan semangat apabila bantuan khas kewangan sebanyak tiga bulan gaji dibayar pada 21 disember 2017, diberikan sebagai membalas jasa mereka untuk bekerja lebih kuat disamping melicinkan pentadbiran kerajaan negeri. Malah kakitangan awam Selangor juga akan menikmati skim perlindungan insuran sebanyak RM3 juta diperuntukkan dan dibayai penuh oleh kerajaan negeri.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Harapan begitu prihatin terhadap nasib penjawat awam kerana penjawat awam adalah teras kemakmuran sesebuah negeri.

Saya yakin rakyat Selangor berterima kasih dan bersyukur di atas kemakmuran negeri dan pemerintahan yang adil daripada kerajaan Pakatan Harapan. Ini jelas menunjukkan apabila sesebuah kerajaan itu ditadbir secara adil dan saksama, tentunya limpahan hasil dan nikmat akan kembali kepada rakyat.

Justeru itu saya mengharapkan agar rakyat Selangor akan terus memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negeri malah mengambil alih pentadbiran di Putrajaya agar lebih banyak hak rakyat dapat dikembalikan kepada rakyat.
Syed Badli Shah Syed Osman
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Selangor

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70738

Posted by on Nov 5 2017. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE