Banjir kilat di Seremban, penduduk tunggu PM datang selesai masalah

(Oleh Aminuddin Harun)
Pada 20 April 2017 lalu, berlaku sekali lagi banjir kilat di kawasan sekitar Seremban, Negeri Sembilan termasuk di Kampung Baru Sikamat, Kg Ulu Temiang, Taman Pinang Gading, Taman Bukit Ampangan, Persimpangan Lampu Isyarat Kampung Tok Dagang.
Masalah banjir kilat yang dihadapi penduduk Seremban terutamanya di Kg Baru Sikamat bukan pertama kali berlaku tetapi telah dihadapi sejak 10 tahun yang lalu dan sehingga kini masih tiada jalan penyelesaiannya.
aminuddin-harunKejadian banjir ini sudah berlaku lebih enam kali pada tahun ini sahaja. Banjir kilat yang terjadi ini sudah berlarutan sejak tahun 2010 lagi, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah menjengguk ke kawasan ini pada kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 13 tetapi sehingga kini tiada penyelesaiannya walaupun ada kerja naik taraf sungai dilakukan selepas lawatan tersebut.
Kejadian banjir ini turut dirasai oleh 3 buah rumah yang terletak di Taman Pinang Gading, Sikamat. Sebelum ini pihak Majlis Perbandaran sudah datang dan membuat kerja-kerja pengukuran untuk membuat longkang yang lebih besar tetapi jawapannya sehingga kini belum ada peruntukan untuk membuatnya.
Antara sebab-musabab utama berlakunya banjir di Kg Ulu Temiang pula adalah kerja-kerja menggali pasir yang tidak dijalankan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), penebangan pokok secara tidak sistematik dan masalah sistem pembentungan.
Kejadian di Persimpangan Lampu Isyarat Kg Tok Dagang, Jalan Kuala Pilah pula berlaku disebabkan saliran yang tidak lagi mampu menampung air yang turun dikawasan sebelah atas. Masalah ini telah berulang kali diadukan kepada pihak berwajib namun sehingga kini tiada tindakan lanjut dibuat. Jika hal ini dibiarkan berlarutan, masalah banjir kilat ini akan semakin serius dan penghuni yang terlibat sudah letih dengan premis perniagaan ‘bundle’ dan bengkel besi yang dimasuki air.
Masalah sama juga dihadapi oleh penghuni di Taman Bukit Ampangan bersebelahan Petronas Jalan Jelebu dan di rumah Pn Hasanah Batu 3 Jalan Jelebu pula berlaku disebabkan pembentung yang rosak. Beliau menanti dgn penuh sabar sehingga telah 16 kali dimasuki air untuk tahun ini sahaja.
Kerajaan Umno BN sepatutnya mendahulukan infrastruktur kepada rakyat barulah pembangunannya. Ini kerana masalah (banjir kilat) ini sudah berlarutan lama dan saya berharap satu langkah drastik dapat diambil bagi mengelakkan kejadian banjir kilat berulang.
Begitu juga dengan pembangunan di kawasan sekitar, saya lihat pembangunan lebih diberi keutamaan berbanding  infrastruktur yang lebih penting seperti saliran. Sepatutnya mana-mana pembangunan yang dijalankan, seharusnya infrastruktur seperti longkang atau sistem perparitan dibina dahulu bagi mengelakkan sebarang kejadian banjir berlaku.
Mana-mana pembangunan yang dilaksanakan harusnya mengikut keperluan masyarakat dan persekitaran terlebih dahulu, bukannya masyarakat atau persekitaran perlu mengikut keperluan pembangunan.
* Aminuddin merupakan Adun Sikamat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69903

Posted by on Apr 25 2017. Filed under KENYATAAN MEDIA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE