Bantah Auku: Mahasiswa turunkan ‘bendera Najib’ di PWTC

KUALA LUMPUR: Desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971, memuncak apabila lebih 300 mahasiswa berhimpun dan berarak secara aman.

Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA).

Seawal jam 1 petang, mahasiswa berhimpun depan masjid jamek sebelum berarak ke bangunan Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Ketika berarak, mereka melaungkan slogan mendesak kerajaan menghapuskan Auku dan memberi amaran betapa gelombang mahasiswa bakal menjejaskan hayat politik Umno Barisan Nasional (BN)

Mereka juga menyatakan tidak gentar untuk dipenjara demi memperjuangkan usaha memansuhkan Auku, bukan sekadar memindanya.

Orang awam yang kagum dengan keberanian mahasiswa yang dikawal polis termasuk anggota cawangan khas (SB), turut memberi sokongan.

Depan bangunan Maju Junction, mereka kemudian duduk memegang kain rentang dan melaung desakan supaya mahasiswa diberi kebebasan bersuara dan akademik.

Selepas 10 minit, Pesuruhjaya Suhakam, Shaani Abdullah menerima memorandum daripada mahasiswa dan menyifatkan perarakan itu tidak menyalahi undang-undang.

“Perlu pelbagai cara bagi dapatkan perhatian. Berhimpun adalah satu cara dan mereka berhak melakukannya. Memorandum ini akan dipanjangkan kepada kerajaan,” kata Shaani.

Mahasiswa kemudian berarak ke bangunan Umno – Putra World Trace Centre (PWTC) bagi menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketika Saifuddin berucap menggunakan pembesar suara, seorang mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib sebagai protes.

Tindakan itu mencuri tumpuan peserta lain sehingga mengakibatkan pengawal keselamatan kelam kabut menaikkan semula bendera berkenaan.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Saifuddin melalui twitter mendesak mahasiswa memohon maaf atas tindakan itu tetapi SMM hanya akan membuat kenyataan seawal-awalnya esok.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24479

Posted by on Dec 18 2011. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE