Bantah GST: Pakatan, NGO berhimpun di Parlimen Jumaat ini

KUALA LUMPUR 23 OKT: Pakatan Rakyat dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan himpunan aman membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sempena pembentangan Bajet 2014, di Parlimen 25 Oktober ini.

GSTAntara agenda yang akan diadakan pada himpunan itu adalah pidato daripada wakil parti politik dan NGO, flashmob dan penyerahan memorandum kepada Ahli Parlimen Pakatan di laluan masuk bangunan Parlimen, kira-kira jam 3 petang.

Sehubungan itu, orang ramai diseru supaya menyertai perhimpunan itu bagi menyatakan pendirian terhadap pelaksanaan GST yang membebankan dan satu sidang media juga dijadualkan akan diadakan selepas perhimpuan berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, protes seluruh negara akan diadakan jika Kerajaan Pusat melaksanakan GST pada Belanjawan 2014 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pakatan meneruskan pendirian menentang keras sebarang usaha kerajaan Barisan Nasioanal (BN) bagi pelaksanaan GST yang hanya akan membeban rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56331

Posted by on Oct 23 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE