Bantah ikut perundangan diabai, ayuh turun 12 Januari

KUALA LUMPUR 6 JANUARI: Semua bentuk bantahan yang mematuhi saluran undang-undang sudah digunakan demi membaiki sistem pilihan raya tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan lapan tuntutan Bersih.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais kesal kerana tiada satu pun tuntutan dilaksanakan, malah penggunaan dakwat kekal yang dilihat satu-satunya ‘harapan’ dikhianati SPR melalui tipu muslihat.

“Sistem dakwat kekal di luar negara, celup jari dan tanda hitam tak boleh mengundi. Di Malaysia, celup jari ke dakwat boleh mengundi. Undang-undang apa ini?

“Patutnya orang yang jarinya kosong (tak bercelup dakwat) dibenar mengundi. Orang yang dah ditanda – tak boleh mengundi. Sistem apa ini? Ini sistem menipu!

“Kenapa SPR tak ikut standard antarabangsa? Kenapa tak ikut macam negara lain? Inilah contoh klasik penipuan SPR,” katanya dengan lantang.

Beliau berkata demikian depan 1,000 orang pada program Jelajah Anak Muda ke Himpunan #KL112 di padang Flat PPR Kempas, Johor malam tadi.

Justeru, beliau berkata tiada jalan lain untuk memberi amaran kepada SPR selain turun beramai-ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari ini.

“Bercakap dah cukup. Laporan polis dah dibuat. Mahkamah dah pergi.
Tak ada cara lain untuk kita beri amaran kepada SPR dan kerajaan,” katanya.

“Berapa ramai?” tanya Hishamuddin sebelum disambut gamat disambut jawapan ‘sejuta! dengan bersemangat daripada hadirin di tapak ceramah.

“Yang kita lawan ialah sistem SPR. Sistem yang menipu. Adakah ayah-ibu, adik-kakak tak nampak lagi? Kalau dah tahu nak buat apa? Kita bantah dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat,” katanya.

Turut berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat; Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dan Pengerusi Gabungan NGO Pengerang (GNP), Anis Afida Mohd Azli.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42471

Posted by on Jan 6 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google