Bantuan RM6 bilion selamatkan Felda

Putrajaya menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion kepada Felda bagi menyelamatkan institusi itu yang dirosakkan rejim Umno-BN sebelum ini.

Bantuan berbentuk geran, pinjaman dan jaminan secara berperingkat itu diberikan bagi menyuntik tenaga baru dan mengoptimumkan potensi untuk maju dan memodenkan industri pertanian, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

“Ini akan membolehkan tanah peneroka-peneroka digabungkan dan diusahakan secara cekap, berskala besar dengan ekonomi bidangan yang boleh mengurangkan kos operasi dan meningkatkan produktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kertas Putih Felda ‘Ke Arah Kelestarian Felda’ di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata kerajaan memperuntukan sebanyak RM 250 juta pada tahun ini untuk projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai sekian lama.

“Kerajaan juga amat prihatin terhadap masalah perumahan generasi kedua Felda yang tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan lama.

“Sebagai sebuah kerajaan yang peduli generasi baharu Felda, Harapan bertekad untuk menyiapkan 4,794 unit rumah yang tahap kemajuannya 70 peratus dan ke atas,” katanya.

Azmin berkata kerajaan juga akan melakukan penstrukturan semula pinjaman Felda dengan institusi kewangan dan rasionalisasi aset.

“Untuk mendukung usaha Felda, kerajaan bersetuju memberi jaminan kerajaan bagi membolehkan Felda menstrukturkan semula pinjaman dengan institusi kewangan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73283

Posted by on Apr 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE