Bapa tak percaya anak terlibat video sumbang

Bapa kepada Haziq Abdullah Abdul Aziz tidak percaya anaknya terlibat dalam video sumbang bersama seorang lelaki menyerupai timbalan presiden KEADILAN.

Abdul Aziz Ibrahim, 53, dilaporkan terkejut dengan video ‘pengakuan’ anaknya itu.

Beliau percaya anaknya bukan seorang yang mengamalkan gaya hidup menyukai sesama jantina.

“Saya tonton kedua-dua video pengakuan dan video lucah itu. Video lucah itu tak boleh dipercayai dan saya tak rasa itu anak saya.

“Saya analisa video dan berdasarkan postur badan, pergerakan dan toa suara, saya harap ia palsu,” katanya memetik laporan the Sun.

Beliau percaya anaknya itu lelaki yang baik.

Haziq menjadi tumpuan ramai selepas video sumbang yang menonjolkan seorang lelaki menyerupai beliau mula tular sejak Selasa.

Sehari kemudian Haziq ‘muncul’ menerusi video Facebook dan mengaku terlibat dalam video itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali menyifatkan video itu sebagai cubaan menjatuhkan karier politik beliau.

Ketua Cabang KEADILAN Santubong, Ahmad Nazib Johari menafikan lelaki yang membuat pengakuan itu adalah Haziq yang merupakan ketua AMK Santubong.

Sehingga kini Haziq tidak muncul secara langsung dan hanya memuatnaik laporan polis di media sosial mendakwa kerajaan tidak serius melaksanakan reformasi sejak video itu tular.

Beliau juga digantung tugas sebagai setiausaha kanan timbalan menteri perindutrian utama secara serta-merta bermula semalam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73603

Posted by on Jun 14 2019. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE