Baru Bian ketuai kempen PRN Sarawak

Menteri Kerja Raya, Baru Bian diamanahkan untuk mengetuai kempen KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang dijangka diadakan pada hujung tahun depan atau awal 2021.

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata Baru akan dibantu Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail dan tiga naib presiden Dr Xavier Jayakumar, Tian Chua dan Ali Biju.

“Mereka akan mula sempurnakan tugas secepat mungkin merangka strategi, mengadakan rundingan dengan parti-parti komponen dan persiapkan jentera yang boleh beri satu landasan perjuangan yang berkesan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, semalam.

Pada PRN Sarawak ke-11, Barisan Nasional (BN) menang 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP menang tujuh kerusi dan KEADILAN menang tiga kerusi iaitu Batu Lintang, Krian dan Ba’kelalan.

Pada PRN akan datang ini, Pakatan Harapan yang mentadbir Putrajaya dan Sabah dijangka memberikan saingat sengit kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang kini menguasai kerajaan negeri menerusi empat parti yang dahulunya berada dalam BN.

Sementara itu, Anwar berkata KEADILAN membantah tindakan provokasi Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran dengan menghantar 1500 orang tentera tambahan sebagai “langkah perlindungan”.

Anwar mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan sidang tergempar bagi mengelak ketegangan di Timur Tengah susulan tindakan Amerika itu.

“KEADILAN menggesa Malaysia menyatakan pendirian tegas kita dengan menolak provokasi dan ancaman peperangan kepada seluruh negara Islam yang bergabung di bawah Persidangan Kerjasama Islam (OIC), yang akan mengadakan sidang kemuncaknya di Mekah pada 31 Mei ini,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73519

Posted by on May 27 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE