BARUA DAN JENTERA DAULAH (HISHAMUDDIN RAIS)

Abdul Aziz Yusoff-SPR-barua umno-bn-penipuSaya wajib menerangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai jentera daulah. Ini kerana lembaga ini sedang memainkan peranan yang amat penting untuk masa depan kita semua. SPR diwujudkan oleh Parlimen. Dari segi perlembagaan, SPR harus tunduk kepada Parlimen. Mengikut Parlimen, SPR ialah satu lembaga bebas dari kuasa eksekutif. Tetapi ini tidak berlaku. SPR hari ini telah menjadi barua paling setia kepada United Malays National Organisation.

Saya juga wajib menerangkan orang ramai tentang lembaga kepolisan – PDRM. Lembaga ini seharusnya bertugas untuk menjaga keamanan orang ramai. Tetapi ini tidak berlaku. Polis telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation.

Saya juga wajib menerangkan tentang lembaga kehakiman – mahkamah dan Peguam Negara. Lembaga kehakiman ini wajib bergerak bebas berasas Perlembagaan dan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Tugas lembaga ini ialah menjamin kepentingan orang ramai. Tetapi hakikatnya hari ini lembaga kehakiman juga telah menjadi barua kepada United Malaya National Organisation.

Apa itu barua? Barua ini adalah satu konsep yang memiliki pelbagai makna. Secara generik barua ialah orang perseorangan atau kumpulan orang. Barua lebih rendah tahapnya dari seorang perkerja yang membuat kerja untuk mendapat upah. Barua lebih rendah tahapnya dari macai, gurkha atau hamba. Ini kerana barua tidak memiliki nilai dan harga diri. Ciri-ciri menonjol yang dimiliki oleh barua ialah kebijaksaan Sang Barua membodek.

Saya wajib juga menerangkan apa itu daulah. Dan apa itu lembaga daulah. Jika kita memahami daulah dan lembaga daulah, maka kita akan memahami dengan apa itu barua. Dan bagaimana barua muncul dan bergerak dalam daulah.

Daulah ialah perkataan Arab yang diMelayukan. Dalam bahasa Inggeris, daulah ialah ‘state’ atau negara. Negara yang dimaksudkan bukan Malaysia tetapi struktur, simbol dan lembaga yang mewujudkan kelahiran sesebuah negara.

Negara wujud dengan adanya jentera negara atau jentera daulah. Parlimen, Polis, Mahkamah, SPR, Badan Kehakiman atau Tentera adalah lembaga yang bergerak sebagai jentera-jentera daulah. Lembaga dan jentera inilah yang mewujudkan Malaysia. Tanpa jentera ini Malaysia tidak akan wujud.

Parlimen adalah badan yang mewujudkan jentera atau lembaga ini. Tujuan mewujudkan lembaga daulah ialah memastikan kepentingan orang ramai – kepentingan awam – didahulukan dari kepentingan individu. State atau daulah wajib menjalankan dasar untuk kepentingan umum, bukan kepentingan individu atau satu kumpulan kecil. Ini falsafah daulah yang tidak berganjak sama ada di Timur, Barat, Utara atau Selatan.

Hari ini, di Malaysia semua jentera daulah yang sepatutnya menjalankan tugas untuk menjaga kepentingan orang ramai telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation. Lembaga ini dikendalikan oleh individu-individu.

Individu yang mengendalikan lembaga ini harusnya sosok-sosok yang berwibawa, cekap, berilmu dan memiliki ketrampilan moral. Ini kerana sosok ini menjalankan kewajiban yang maha berat untuk memastikan kepentingan orang ramai didahulukan. Ini tidak berlaku.

Orang ramai akan bertanya bagaimana lembaga daulah dan jentera daulah dapat dijadikan barua oleh United Malays National Organisation. Bukankah semua ini wajib dipantau oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara?

Sebenarnya menjadikan lembaga sebagai barua bukan susah. Ini senang untuk difahami dan senang dilakukan. Dalam zaman Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty, teknik untuk melahirkan barua, telah menjadi seni.

Datuk T trioMahathir cukup senang dengan sesiapa sahaja yang memiliki masalah. Megat Joned yang terlibat dalam kes bunuh ‘pemilik kedai video’ terus menjadi barua Mahathir yang setia. Rahim Tambi Chek dengan kes rogol juga menjadi barua yang setia. Kuncinya ialah semua Sang Barua yang bekerja dengan Mahathir adalah sosok bermasalah. Yang mengamal rasuah. Lagi banyak beban dipikul lagi setia Sang Barua.

Teknik sama juga telah menobatkan lembaga kehakiman sebagai barua kepada United Malays National Organisation. Awalan sejarah lembaga kehakiman Malaysia amat dihormati kerana lembaga ini bebas dan berwibiwa.

Tetapi Anak Lelaki Iskandar Kutty mengubah semua ini. Justeru, muncul watak bernama Yussof Chin. Muncul VK Lingam. Teknik ini diteruskan oleh Najib untuk melahirklan watak paling baru bernama Tan Sri Cecil Abraham. Lagi banyak ‘rahsia gelap’ yang dimiliki oleh sosok ini lagi layak untuk dilantik untuk menjadi barua.

Adalah rahsia umum bahawa ada antara hakim ‘boleh didangdut’. Mereka ‘didangdut’ oleh Towkay Ayam, Towkay Judi atau Towkay Dadah. Perangai suka ‘berdangdut’ telah menjalar dari mahkamah rendah hingga ke mahkamah tinggi. Apakah ini tidak diketahui oleh Peguam Negara? Kah kah kah. Peguam Negara juga ialah kaki dangdut.

Pekara sama juga berlaku kepada lembaga kepolisan. Lembaga ini bukan hanya suka ‘berdangdut’ malah banyak pegawai lembaga ini menjadi pemilik ‘kelab dangdut’. Polis Malaysia yang pada satu ketika dahulu amat dihormati dengan moto – sedia berkhidmat – kini berjaya dijadikan Sang Barua oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty.

Saya menulis tentang SPR, Polis dan Kehakiman kerana semakin dekat PRU 13 – semakin jelas dilihat kebaruaan lembaga-lembaga ini. Saya perhatikan dengan rapi bagaimana pihak polis telah dibaruakan ketahap gaban. Laporan kepada polis tentang jenayah yang jdilakukan penyokong United Malays National Organisation tidak dipeduli. Serangan demi serangan menimpa penyokong Pakatan Rakyat dibakulsampahkan.

Tetapi dengan cergas sekali lembaga polis akan bertindak terhadap Tian Chua, menyerbu pejabat Suara Keadilan, menangkap Mat Sabu atau CheGu Bard. Sikap ‘cergas’ ini menampakkan kepada umum bahawa polis ialah barua United Malays National Organisation.

Polis yang menangkap Tian Chua atau Mat Sabu cekap menghantar tuduhan ke mahkamah. Sekali lagi orang ramai melihat bagaimana mahkamah dijadikan barua. Saya bukan bercakap kosong. Bukti kebaruaan mahkamah tertonjol dalam kes pembunuhan Altantuya.

Dalam kes pembunuhan Altantuya yang paling menonjol ialah apabila Mahkamah, Hakim dan Pendakwa tidak bertanya kepada Sirul atau Azilah, siapa yang upah mereka. Ini kerana Sirul dan Azilah dalam Akuan Bersumpah mengatakan bahawa mereka diupah. Kes Altantuya membebaskan Razak Baginda dari terlibat.

Kebaruaan mahkamah jelas apabila Pendakwa tidak pula pula membuat rayuan. Biasanya dalam kes bunuh, pasti ada rayuan untuk ulang bicara. Bayangkan dalam kes 7 Pelajar Berdemo dan kes 4 Siswa UKM – bukan saja mahkamah merayu malah hingga hari ini kes masih berjalan. Jika bukan kerja barua, maka Rosmah Mansur masih anak dara.

Akhirnya, SPR. Lembaga ini adalah barua totok yang akan menipu untuk memastikan United Malays National Organisation menang dalam PRU 13. Sebagai bukti – semakan Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang.

Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar, Khalid Ibrahim turut mencatat penambahan 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti. Pengundi lebih ramai dari penduduk. SPR tidak mempeduli kes Ijok.

jpn klangDi Pandamaran, lebih 3 ribu pengundi kehilangan nama mereka dalam daftar mengundi. Lebih dari 5 ribu nama pengundi yang disangsikan ditemui. Kes kehilangan nama pengundi dan pengundi yang disangsikan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Mahkamah menolak permohonan YB Charles Santiago untuk semakan daftar pengundi walaupun dibekalkan bukti elas. Daftar ‘penuh penipuan’ ini akan digunakan dalam PRU 13.

Jelas, lembaga dan jentera daulah ini semuanya sedang dijadikan barua oleh United Malays National Organsiation. SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan Mahkamah kini sedang bekerjasama. Sebagai barua yang setia kepada tuannya lembaga ini bekerja keras siang dan malam untuk memastikan Pakatan Rakyat kalah dalam PRU 13.

Lembaga daulah ini menjadi benteng dan tembok untuk mempertahan Parti Ketuanan Melayu dari ditenggelamkan oleh ombak rakyat. Sosok yang mengendalikan SPR – Pengerusi dan Pegawai – sedar bahawa sokongan rakyat menyebelahi Pakatan Rakyat. Ketua Hakim Negara dan kuncunya tahu tarikh lupus kuasa telah lama sampai. Malah Pegawai Polis yang berpangkat sedar bahawa United Malays National Organisation akan dihumbankan oleh rakyat.

Justeru semua sosok yang menjadi barua sedar apa akan terjadi kepada mereka. Ada yang bersedia untuk pindah ke luar negara. Ada yang secara senyap-senyap membeli ‘insuran’ dengan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan oleh Musa Hitam dan Musa Hasan.

Tetapi masih ada satu kumpulan kecil yang masih berdegil. Sang Barua ini cuba mengviagrakan United Malays National Organisation yang semakin lembik. Untuk Sang Barua ini, saya nasihatkan sila minta dari Lebai Google gambar helikopter di atas Kedutaan Amerika pada 30 April 1975. Ini adalah hari Saigon ditawan – hari kuasa imperialis Amerika kalah dalam Perang Vietnam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48113

Posted by on Mar 22 2013. Filed under RENCANA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google