Batal Pelaburan Baru Malaysia ke Amerika Syarikat

Semalam Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak telah menulis satu twit berkenaan cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump, untuk mengalih kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis yang akan diiktiraf sebagai ibu negara Israel.

Twit beliau itu hanyalah retorik semata-mata sempena Persidangan Agung UMNO (PAU) 2017, sekiranya ia tidak diikuti beberapa langkah diplomatik dan perdagangan sebagai tanda bantahan Malaysia terhadap cadangan ini.

Sehingga hari ini, kita belum lagi mendengar Wisma Putra memanggil duta US ke Malaysia untuk memberi penjelasan tentang cadangan Presiden Trump yang cukup menggugat politik rantau Timur Tengah malah juga dunia Islam.

Sehingga ke hari ini juga, kita belum melihat sebarang langkah daripada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk membantah sekeras-kerasnya cadangan Presiden Trump ini.

Adakah ia kerana Datuk Seri Najib takut untuk mengguris hati kawan baik beliau itu? Apakah nasib umat Islam di Palestin, serta juga yang beragama Kristian, lebih penting dari hubungan baik Datuk Seri Najib dengan “rakan golf” beliau? Apakah nasib negara Palestin lebih penting dari membantu “mengukuhkan ekonomi US”?

Maka saya mencabar Datuk Seri Najib, jika beliau benar-benar membantah cadangan Presiden Trump ini, beliau perlu segera membatalkan semua perjanjian pelaburan yang beliau buat di White House pada 12 September lalu, termasuk pembelian kapal terbang Boeing berjumlah RM 42 bilion, dan membatalkan niat Khazanah dan KWSP untuk meningkatkan pelaburan di US.

Rakyat sedang melihat apakah Datuk Seri Najib benar-benar membantah Presiden Trump atau hanya bermain retorik sempena PAU 2017.

 

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70844

Posted by on Dec 11 2017. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE