Bawa kanak2 ke himpunan Najib dibolehkan, HKR pula disiasat

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 14 Jan: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengkritik tindakan dwi-standard polis yang hanya menyiasat kanak-kanak dan siswa hadir Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), sebaliknya membenarkan golongan itu hadir ke satu program bersama Perdana Menteri.

“Himpunan Datuk Seri Najib Razak pun ada kanak-kanak, kenapa hanya siasat HKR? Siasat himpunan kerajaan sekali,” tegas Surendran menyatakan kerajaan melanggar peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman berhubung perkara itu.

Dalam himpunan bersama Najib di Dataran Tesco Bandar Rinching, Semenyih Sabtu lalu, kanak-kanak malah diangkut menaiki bas untuk meramaikan program berkenaan.

Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), S Barathidasan berkata, acara perdana itu disertai kanak-kanak dan golongan pelajar.

Semalam, polis membuka kertas siasatan mengenai pelanggaran syarat HKR iaitu larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun ke KHR di Stadium Merdeka.

“Semasa berjumpa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, saya ada membangkitkan isu ini, bahawa akan ada kanak-kanak yang ikut ibu bapa mereka, dan beliau kata ia tiada masalah,” jelas Surendran kepada Keadilan Daily.

Utusan Malaysia dan TV3 paling banyak memaparkan kesalahan penganjur HKR yang kononnya membenarkan kanak-kanak hadir ke himpunan itu.

“Tiada isu sebenarnya, tetapi media dan pemimpin Umno takut melihat kebangkitan rakyat. Mereka sengaja cari isu murahan untuk dimainkan,” kata Surendran.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43116

Posted by on Jan 14 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE