Bayaran IPG atas talian kepada pekebun kecil getah

Sistem baharu pembayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) secara atas talian kini dalam tempoh percubaan, dan bakal diperkenalkan kepada pekebun kecil getah.

Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjelaskan sistem berkenaan dilaksanakan di tujuh negeri dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 24,000 pekebun kecil setelah ia dilaksanakan sepenuhnya kelak.

“Kita sedang melakukan percubaan pembayaran (tuntutan IPG) secara dalam talian. Nama projek ini masih belum dikemaskini, mungkin ‘e-rubber’.

“Dengan kaedah ini, kita dapat pastikan setiap pemberian insentif akan dibayar terus ke dalam akaun sama ada pemilik atau pekebun kecil,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) sama ada kerajaan akan menyemak semula mekanisme proses tuntutan IPG.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Penerangan KEADILAN berkata harga IPG kekal pada kadar RM2.50 dan kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga tersebut.

“Setakat ini kalau kerajaan hendak menaikkan kepada RM3, akan ada implikasi kewangan yang agak signifikan. Buat masa ini kita masih lagi bertahan pada RM2.50 sekilogram untuk IPG.

“Kalau dahulu RM2.20 sekilogram, dah naik 30 sen, jadi saya fikir ia satu perkembangan yang baik kepada rakyat terutama kepada pekebun kecil,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74255

Posted by on Nov 7 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE