Bekas guru imbau kenangan Anwar jadi bos

Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara Tan Sri Abdul Rahman Arshad mengimbau kenangan bekerja di bawah bekas anak muridnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pendidikan.

Beliau yang pernah mengajar Anwar di Kolej Melayu Kuala Kangsar berkata, Anwar tetap hormat padanya walaupun Anwar pada masa itu menteri pendidikan.

“Ketika di Kementerian Pendidikan, bila saya masuk ke bilik dia, dia mesti berdiri. Bukan saya paksa dia tapi dia sendiri yang mahu berdiri,” kata Abdul Rahman pada majlis pelancaran e-tuisyen percuma untuk murid-murid di Port Dickson semalam.

Anwar menjadi menteri pendidikan dari 1986 hingga 1991 sementara Abdul Rahman menjadi ketua pengarah pelajaran dari 1985 hingga 1991.

Menurutnya, pendekatan tersebut memudahkan kerja beliau di Kementerian Pendidikan kerana beliau boleh menegur orang atasannya.

“Kalau dalam perbincangan saya tidak tegur dia (jika dia tersilap), sebab saya tidak mahu dia malu kepada orang lain yang ada dalam perbincangan, tapi saya masuk ke bilik dia dan saya kata apa saya suka, muka dia kadang-kadang merah padam,” katanya mengundang ketawa golongan pendidik yang hadir pada majlis itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72395

Posted by on Oct 5 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE