Bekas Penolong Gabenor Bank Negara diugut ejen BN

(Oleh Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 20 Jun: Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion.

“Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi…Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.

“Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut…Kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian ketika memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen hari ini.

“Saya minta izin kepada Permatang Pauh, terima kasih…Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN (MP BN)) tak berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka,” katanya selepas MP BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut.

“Saya berpendapat, kita harus tunggu cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka seperti ini? soal Saifuddin.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion.

Berikutan kegagalan kesemua MP BN menyambut cabaran Anwar itu menyebabkan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN menyambung hujah menangkis tuduhan tersebut dengan membacakan pengakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31846

Posted by on Jun 20 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google