BN belanja besar untuk Gangnam, penyanyi tempatan dianak tiri

(Oleh Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 11 Feb: Ketika rakyat bersusah payah mencari wang untuk menyara kos sara hidup semakin tinggi, pemimpin Umno BN pula berbelanja sakan membawa masuk artis yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style dengan bayaran lebih RM1 juta.

“Bayaran cecah RM2 juta untuk jemput penyanyi Korea Selatan, Psy sangat tidak munasabah sedangkan masih ramai artis tempatan berbakat besar yang boleh diundang.

“Saya yakin belum ada penyanyi tempatan dibayar setinggi itu yang sekaligus meminggirkan bakat-bakat tempatan,” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa.

PsyBN sebelum ini dikritik hebat kerana membawa masuk Psy, ketika penyanyi tempatan dipinggirkan. Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun tidak mempeduli kritikan itu.

Malah terang-terangan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor hadir bersama anak mereka, Ashman dan Nooryana Najwa pada jam 10.48 pagi tadi di padang Kolej Han Chiang menyaksikan persembahan Psy.

“Wang tersebut sepatutnya diagih kepada rakyat yang lebih memerlukan,” ujar Fariz ketika dihubungi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tidak munasabah bayaran tinggi untuk Psy dengan tujuan menarik kehadiran rakyat dan mengambil kesempatan berkempen untuk parti.

“Peliknya, ada wakil rakyat terlalu ghairah untuk menari bersama artis itu hanya untuk mencari populariti murahan walhal gelagat ini langsung tidak menyumbang kepada politik sihat dan bermaruah tinggi tetapi menyuburkan politik lucah dengan tarian yang bertentangan dengan nilai timur dan agama.

“Sedihnya, perbelanjaan sebesar itu gagal disalurkan kepada sekolah desa dan sekolah agama yang masih daif dengan ratusan ribu pelajar dan pendidiknya di seluruh Malaysia,” kata Azmi dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Fariz menyifatkan jemputan Psy tindakan terdesak Umno BN menarik sokongan orang ramai, ketika rakyat muak dengan kempen Umno BN.

“Rakyat harus mengambil kesempatan terbaik dengan meng”Ganyang Style” Umno BN pada PRU 13 nanti untuk mendapatkan pentadbiran negara yang lebih bersih dan cekap,” kata Fariz yang juga Ketua Koordinator Jingga 13.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44799

Posted by on Feb 11 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google