Belanjawan 2020: Harapan komited naik taraf Sabah, Sawarak

Kerajaan Pakatan Harapan terus komited dalam menaiktaraf infrakstruktur pembangunan luar bandar negeri Sabah dan Sarawak menerusi Belanjawan 2020.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata agihan peruntukan bagi projek Lebuh Raya Trans Borneo sebanyak RM600 juta bagi membina 40 kilometer jalan raya dari Kalabakan ke Serudong.

Beliau turut memuji peruntukan untuk meningkatkan bekalan air bersih ke seluruh Sabah dan Sarawak.

“Banyak tumpuan kepada Sabah dan Sarawak, misalnya infrakstruktur di luar bandar bagi projek bekalan air luar bandar adalah RM587 juta, dengan RM470 juta untuk Sabah dan Sarawak bagi memenuhi sasaran 99 peratus akses kepada air bersih.

“Kita faham Sabah dan Sarawak ketinggalan daripada segi pembangunan dan kerajaan sedar akan hal ini, kita tak boleh laksanakan dalam masa yang cepat tetapi satu-satu kita akan usahakan.

“Ini adalah satu bukti bahawa kerajaan Harapan bertanggungjawab dan bukti kita akan memberi tumpuan pada Sabah dan Sarawak,” kata Baru kepada KeadilanDaily.

Dalam Belanjawan 2020, Putrajaya turut memperuntukkan RM500 juta untuk projek bekalan elektrik luar bandar yang memberi manfaat kepada lebih 30 ribu isi rumah luar bandar.

Selain itu, Sabah turut menerima RM326 juta untuk pembinaan jalan raya luar bandar manakala Sarawak menerima RM224 juta.

Kerajaan turut memaklumkan untuk menyiapkan projek Lebuh Raya Pan Borneo, dengan pengurangan kos projek kepada RM29 bilion.

Sabah dan Sarawak juga kekal sebagai negeri penerima perbelanjaan pembangunan tertinggi dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74128

Posted by on Oct 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE