Beli bangunan di Australia 58% lebih mahal tunjuk rasuah M’sia rancak era Najib

(Oleh Farhana Mohammad)

KUALA LUMPUR 15 MAC: Kerajaan Malaysia didakwa membeli sebuah bangunan di Perth, Australia dengan harga RM30 juta atau 58 peratus lebih mahal daripada harga pasaran dan menyebabkan terlebih bayar RM11 juta untuk pembelian itu.

Carian Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendapati, Kerajaan Malaysia membuat bayaran lebih mahal berbanding harga asal yang dibeli syarikat Miltech International Pty Ltd sebelum itu.

Rafizi“Carian jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia telah membayar AUD10.271 juta pada 16 Disember 2013 iaitu 58 peratus lebih mahal dari harga asal yang dibeli oleh syarikat yang menjual iaitu AUD6.5 juta pada 25 Mac 2013. Maknanya, syarikat ini (Miltech International) membuat keuntungan 58% dalam tempoh sembilan bulan selepas membeli bangunan ini.

“Walaupun jumlah terlebih bayar hanya RM11 juta dalam keadaan rakyat terdesak dan segala peruntukan dipotong, penyelewengan sebegini menunjukkan bagaimana berleluasanya amalan rasuah di dalam urusan perolehan kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak,” katanya membacakan kenyataan di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Menteri mengesahkan Kerajaan Malaysia membeli bangunan tersebut beralamat 268, Newcastle Street, Perth untuk dijadikan Dewan Malaysia bagi tujuan penginapan pelajar Malaysia.

Pembelian oleh Kementerian Pendidikan Tinggi itu membabitkan perbelanjaan sebanyak AUD10.271 juta pada tarikh pindah milik iaitu 16 Disember 2013, dan jumlah itu bersamaan RM30 juta.

Rafizi pada 24 November tahun lalu bertanya kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman mengenai pembelian semua bangunan oleh Kerajaan Malaysia di luar negara sejak 2010 dan maklumat mengenai setiap pembelian tersebut.

Beliau dengan tegas menggesa Kementerian Pendidikan memberi jawapan tentang penyelewengan ini serta menjelaskan siapa yang bertanggungjawab menguruskannya.

“Saya mempunyai maklumat lengkap siapa yang mendapat untung dan pemilik syarikat yang menjual bangunan ini. Oleh itu, saya memohon supaya Kementerian Pendidikan memberikan jawapan secepat mungkin bagaimana penyelewengan ini berlaku dan menamakan siapa yang bertanggungjawab dalam perkara ini,” ujarnya.

Sebelum itu, Rafizi menyatakan bahawa beliau mendapatkan laporan urusniaga melibatkan bagunan yang dibeli kerajaan daripada laporan hartanah CoreLogic RP Data.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=68711

Posted by on Mar 15 2016. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE