Belum ada rezeki Dr Streram di Rantau

Nasib tidak menyebelahi calon Pakatan Harapan Dr Streram Sinnasamy apabila beliau tidak dapat menewaskan bekas menteri besar yang juga calon UMNO, Mohamad Hasan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Streram meraih undi sebanyak 5,887 sementara Mohamad Hasan mendapat 10,397 undi – majoriti 4,510 undi.

Dalam pada itu, dua calon bebas iaitu R. Malarvizhi meraih 83 undi dan Mohd. Nor Yassin mendapat 79 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen,Mohd Nizam Tajul Arus pada pukul 8.30 malam di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan.

Nizam berkata, sebanyak 146 undi ditolak dan peratusan keluar mengundi sebanyak 79.3 peratus.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Mohamad yang juga pemangku presiden UMNO menang tanpa bertanding selepas Dr Streram dihalang menyerahkan borang pencalonan pada 5 Mei 2018.

Dr Streram merangkap Timbalan Ketua Cabang Rembau kemudian memfailkan petisyen pada 23 Mei 2018 untuk membatalkan keputusan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR).

Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada ketika ini, 20 kerusi dikuasai Harapan manakala baki 16 kerusi dimiliki BN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73309

Posted by on Apr 13 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE