‘Bentang laporan 1MDB sebelum Najib bertemu Trump’

Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Putrajaya agar membentangkan laporan siasatan terhadap dana sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum Datuk Seri Najib Razak bertemu Presiden Donald Trump pada 12 September.

Gesaan itu dibuat supaya kerajaan boleh menangkis persepsi kurang menyenangkan tentang tujuan lawatan itu.

Sekarang wujud khabar angin bahawa lawatan itu adalah sebahagian muslihat Putrajaya untuk menutup siasatan Jabatan Keadilan (DoJ) AS ke atas aset berkaitan 1MDB yang didakwa melibatkan individu yang rapat dengan “Malaysian Official 1” (MO1).

“Jika laporan tersebut tidak diterbitkan, pertemuan Datuk Sri Najib dengan Presiden Trump mungkin akan dilihat sebagai satu usaha ‘membersihkan’ nama MO1 dalam siasatan DOJ terhadap 1MDB,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam kenyataannya.

Najib akan terbang ke AS pada 12 September depan.

Beliau dijangka bertemu Trump dalam lawatannya ke Rumah Putih.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70485

Posted by on Sep 8 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE