Berhemah dalam menangani LGBT – Fahmi

Pendekatan berhemah dan sopan wajar digunakan dalam menangani komuniti LGBT yang menyertai himpunan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, kata Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Pengarah komunikasi KEADILAN itu mengambil iktibar daripada nasihat yang disampaikan mufti Wilayah Persekutuan.

“Saya beranggapan jika kita ambil pendirian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berusaha menangani isu LGBT ini yang berusaha untuk berdakwah secara menyantuni mengajak duduk berbincang minum teh sambil kita saling memahami pendirian.

“Saya rasa itu adalah baik bagi menangani isu LGBT,” katanya kepada KeadilanDaily.

Fahmi percaya isu yang lebih pokok adalah mengangkat hal-ehwal berkaitan wanita.

“Bagi saya yang lebih penting ialah isu yang diangkat seperti hak kesenjangan pendapatan seperti secara purata wanita menerima gaji kurang daripada lelaki,” katanya.

Pengguna media sosial Malaysia sebelum ini hangat membincangkan perarakan Hari Wanita Sedunia 2019 yang berlangsung pada 9 Mac lalu dan turut disertai komuniti LGBT yang melaungkan tuntutan agar hak mereka dihormati.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73096

Posted by on Mar 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE