Bersih: Daftar pemilih kotor, SPR wajib bersihkan

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 8 Feb: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dianggap mengakui ada penipuan dalam daftar pemilih.

Ini kerana beliau tidak dapat menjamin 100 peratus daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya.

BERSIHAhli Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan tersebut bukti penipuan pilihan raya berlaku.

Katanya, SPR mesti telus untuk membuktikan badan itu bebas.

“Bermakna SPR akui akan berlaku penipuan dalam pilihan raya umum akan datang. Kalau tidak mahu bersihkan daftar pemilih, bagaimana pula dengan pemberian kad pengenalan kepada imigran untuk mengundi,” soalnya ketika dihubungi.

Abdul Aziz hujung bulan lalu dilaporkan mengakui SPR tidak boleh memberi jaminan daftar pemilih 100 peratus bersih kerana ia akan terjejas oleh kematian setiap hari serta perubahan alamat apabila orang berpindah.

Menurutnya, SPR membuat ‘semakan ketat’ dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan mereka yang didaftarkan adalah rakyat dan masih hidup.

Beliau bagaimanapun didakwa tidak mengendahkan bagaimana mereka yang berkenaan mendapat kad pengenalan kerana mendakwa ia di bawah bidang kuasa JPN.

bersih-2-0-tuntutan“Kita bukan bercerita soal orang mati. Kalau sekalipun tidak dapat bersihkan sepenuhnya nama-nama daftar pemilih, berilah jaminan untuk bersihkan sekurang-kurangnya 90 peratus seperti standard antarabangsa,” kata Maria.

“Kalau inilah sikap Pengerusi SPR, bermakna mereka tiada usaha membersihkan daftar pemilih. Adakah SPR buat lawak dengan kenyataan seperti ini,” sinis beliau.

Mengulas tentang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian IC pendatang asing di Sabah, Maria yang menyifatkan tindakan itu pengkhiatan kepada negara mahu semua pihak terlibat bertanggungjawab.

“SPR tak boleh lari dari isu RCI kerana pihak bertanggungjawab membiarkan golongan ini mengundi adalah SPR sendiri,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44620

Posted by on Feb 8 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google