Bersih: Exco AMK ditahan di Lapangan Terbang Kuching

(Oleh: Masdar Wahid)

 

KUCHING: Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Kuching tengahari tadi kerana memakai Baju Bersih, sekaligus merupakan tangkapan pertama di Sarawak.

“Saya ditahan sebelum penerbangan saya dari Kuching ke Miri dan alasan pengakapan itu kerana saya berpakaian Bersih di bawah Akta polis Seksyen 27, kata polis itu kepada saya.

“Antara 10 hingga 15 Pegawai Polis berpakaian biasa bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan saya seorang,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Beliau yang ditahan di balai polis lapangan terbang Miri dan dihantar ke balai Polis di daerah itu akan diwakili peguam, Majen Panyuk.

Zulhaidah yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Miri berkata, ketika ditahan polis turut menggeledah beg pakaian beliau.

Beliau percaya, penahanan itu ada kaitan dengan cadangan Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal mengadakan himpunan aman di tiga lokasi di semenanjung Malaysia selain di Sabah dan Sarawak 9 Julai ini.

Tangkapan hari ini merupakan yang pertama di negeri itu di mana dua hari sebelum itu, Exco AMK Pusat, yang juga anak kelahiran Sabah bersama enam yang lain di tahan di Kota Kinabalu pada 2 Julai lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16497

Posted by on Jul 4 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE