Biar 2 minggu Lahad Datu diceroboh bukti Najib tak serius – Azmin

Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 2 MAC: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali kesal berikutan pencerobohan di Lahad Datu seolah-olah tidak dipandang serius oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan.

“Tidak masuk akal pencerobohan wilayah Lahad Datu oleh sekumpulan bersenjata berlarutan selama dua minggu.

“Bagaimana wilayah negara boleh sewenang-wenangnya diceroboh? Kenapa hampir dua minggu penceroboh bertapak di Lahad Datu?” katanya pada kenyataan media, 2 Mac lalu.

Azmin yakin dengan kebolehan serta kecekapan anggota keselamatan negara tetapi beliau membangkitkan persoalan besar berkaitan keselamatan wilayah tanah air.

Justeru, beliau mendesak Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan bertanggungjawab dan memberi penjelasan terperinci kepada rakyat.

“Pimpinan negara perlu sedar kedaulatan wilayah negara tidak boleh sama sekali dikompromi,” katanya.

Dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu 1 Mac lalu, komando Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabaruddin Daud, 46, terkorban akibat pertempuran.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46314

Posted by on Mar 2 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google