Biropol lantik juruaudit teliti keputusan pemilihan

Biro Politik KEADILAN akan melantik sebuh syarikat audit bagi meneliti keputusan Pemilihan KEADILAN 2018 susulan dakwaan ‘kehilangan’ undi oleh calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Akmal Nasir semalam.

Keputusan itu diumumkan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil dalam kenyataan lewat malam tadi.

“Berkaitan isu ‘undi hilang’ yang dibangkitkan saudara Akmal Nasir serta rakan-rakan dalam satu sidang media petang tadi, biro politik KEADILAN mengarahkan syarikat Baker Tilly yang mengesahkan integriti sistem pemilihan untuk menyiasat dan memberikan maklumbalas pada kadar segera.

“Parti juga akan mengumumkan pelantikan sebuah syarikat pengauditan dalam masa terdekat untuk melakukan audit bebas terhadap keseluruhan proses pemilihan,” katanya.

Sementara itu, biro politik juga mengarahkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) agar 

memanggil wakil kedua-dua calon timbalan presiden untuk segera menyelesaikan isu undi ragu bagi cabang-cabang yang berkaitan.

Katanya lagi, JPP juga memutuskan untuk menerima keputusan pemilihan cabang Julau, Pensiangan dan Tawau.

Keputusan pemilihan di tiga cabang ini dipertikaikan sesetengah calon yang mendakwa ia terdedah kepada manipulasi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72534

Posted by on Nov 14 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE