Blog pro-Umno dedah PM ada jet mewah baru?

jet_NajibKUALA LUMPUR, 3 JAN: Dua blog pro-Umno bigdogdotcom dan Rocky’s Bru mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

Dalam tulisan di blog tersebut kedua mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali “Perdana 2” atau “NR2” – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.

bigdog_macai_Dr_MahathirPesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux, lapor Malaysiakini.

Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.

Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.

rocky_bruACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama “NR1” atau “Perdana 1” dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat.

Kedua-dua blogger pro-Umno ini dikatakan penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57996

Posted by on Jan 3 2014. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE