BN umpan isu air raih undi di Selangor – William Leong

Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) William Leong Jee Keen menggesa Barisan Nasional (BN) berhenti menggunakan isu palsu seperti ‘krisis air Selangor’ yang ternyata tidak wujud dalam usaha BN meraih undi pilihan raya.

10 April 2013 melihatkan kawasan Lembah Klang dilanda hujan lebat yang akhrinya mengakibatkan bandar Kuala Lumpur ditenggelami banjir kilat yang melumpuhkan bandar tersebut. Berpuncakan hujan lebat dan banjir kilat tersebut, sebuah paip air pecah di Batu Caves dan ianya dijangka lebih daripada separuh juta warga Lembah Klang dan 80 buah kawasan perumahan terjejas ekorang paip bocor tersebut.

demo anti syabas iBN menggunakan peluang yang disediakan oleh pilihanraya untuk mengutarakan kononnya berlaku krisis air di Selangor. Tindakan oleh BN ini memberikan serampang dua mata kepada BN; iaitu menutup ketidakcekapan Syabas dalam pengurusan air di negeri Selangor dan memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) sebagai usaha terdesak memancing undi dalam kekeringan air di rumah pengguna dan kebanjiran air paip bocor di jalanan.

William Leong Jee Keen ialah calon kerusi parlimen Selayang, dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata, kejadian paip bocor di Batu Caves bukanlah kali pertama Syabas cuai dalam pengurusan dan penyelenggaraan paip air milik syarikat tersebut. Berikut adalah beberapa kejadian kecuaian Syabas dalam penyelenggaraan paip air miliknya pada tahun 2012; dua paip air bocor di Gombak pada 21 Februari 2012, menjejaskan 18,000 orang pengguna, sebuah paip air pecah di Hulu Selangor pada 29 April 2012, menjejaskan 12 kampung dan bandar, pada 15 Jun 2012, dua paip pecah di Cheras, menjejaskan lebih daripada 16,000 orang pengguna, sebuah paip bocor di Kajang pada 12 Julai 2012 di kawasan perobohan rumah kerajaan lama, pada 10 Ogos 2012, sebuah paip pecah di Jalan Templer, Petaling Jaya, menjejaskan kira-kira 20,000 orang pengguna, pada 25 Ogos 2012, paip air pecah di seksyen 9 dan seksyen 1 Petaling Jaya, menjejaskan kira-kira 15,000 orang pengguna, dan pada 16 Oktober 2012 sebuah paip pecah di Shah Alam menjejaskan lebih daripada 113,000 orang pengguna.

Ini tidak termasuk kegagalan Syabas untuk menyelenggara lima unit pam air serta dua unit ‘standby pump’ di rumah pan Wangsa Maju sehingga ianya menyebabkan gangguan air sekitar Ampang, Pandan, Jalan Semarak, Ukay Heights, Cheras Baru dan kawasan-kawsan sekitarnya pada Januari 2013.

Rakyat negeri Selangor merana kerana kecuaian Syabas menyelenggara paip air sementara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syabas meraih gaji pendapatan sebanyak RM425,000 sebulan dan Syabas pula dilanda bebanan hutang sebanyak RM2.9 bilion.

Menurut William Leong Jee Keen, jumlah kes paip pecah ini hanyalah sedikit daripada satu senarai panjang mendedahkan ketidakcekapan dan kecuaian oleh Syabas dalam pengurusan air dalam negeri Selangor. Lantas meletakkan kesalahan ke atas keengganan kerajaan negeri Selangor untuk membenarkan pembinaan loji rawatan air Langat 2 sebagai punca ‘krisis air Selangor’ adalah suatu perbuatan tidak bertanggungjawab. Taktik meraih undi menggunakan cara ini adalah tidak bertanggungjawab. Ini adalah kerana keadaan sebenar di Selangor adalah tidak ada krisis air, cuma pengurusan air yang cuai oleh syarikat pembekal air. Lantas, satu-satunya sokongan yang akan diraih oleh BN adalah sokongan pengundi hantu dan bukan warga Selangor.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50420

Posted by on Apr 15 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google