Saiz Teks: A A A

Bonanza amal Hope2Walk untuk bantu adik An Nur

KUALA LUMPUR 4 Feb: Bagi menjalankan tanggungjawab sosial dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan, Islamic Aid Malaysia (IAM) telah menganjurkan program ‘Bonanza Amal Hope2walk’.

Program kerjasama di antara pihak radio Ikim.fm dan Jabatan Muzium Malaysia itu akan diadakan bertempat di Dataran Muzium Negara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada 4 Febuari bermula jam 10 pagi.

Program amal ini adalah bertujuan mengumpul dan menjual semula barangan terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai, di mana hasil jualan ini akan disalurkan kepada adik Annur Mohd Affandi Ramli,8  yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan Mitochondrial Disease.

Ia bagi tujuan mendapatkan dana rawatan di Erkang Hospital di Beijing, China bagi menjalani rawatan latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif.

Program ‘Bonanza Amal’ ini turut menampilkan penyampai-penyampai IKIM.fm serta persembahan artis-artis tempatan yang akan menyanyikan lagu yang berkonsepkan kerohanian seperti Suhaimi Mior Hassan dan lain-lain serta deklamasi sajak oleh Pyan Habib.

Turut diadakan demonstrasi masakan dari Chef Sabri, persembahan karikatur serta jualan barangan terpakai dan baru yang akan dijual dengan harga serendah RM1.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi memeriahkan lagi program amal tersebut.

Makluman lanjut sila hubungi:En. Farouq di talian 03-89485939 atau 019-3973558 /email : admin@iam.org.my /www.iam.org.my

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26198

Posted by on Feb 4 2012. Filed under AKTIVITI & CERAMAH. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry