Bonus 3 bulan menanti penjawat awam Selangor

Menteri besar sementara Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberikan bayangan yang penjawat awam negeri itu akan menerima bonus tiga bukan jika Pakatan Harapan kekal diberikan mandat mentadbir selepas pilihan raya umum ke-14.

“Bukanlah banyak sangat tiga bulan (bonus) itu, tak banyak sangat pun. Tapi itu adil dan lepas ini mungkin lebih tiga bulan (bonus akan diberikan) atas prinsip adil dan berdasarkan merit serta prestasi (penjawat awam),” kata timbalan presiden KEADILAN itu.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini, lapor Malaysiakini.

Bonus selama tiga bulan kepada penjawat awam Selangor bukan satu perkara asing buat kakitangan kerajaan negeri yang diketuai KEADILAN itu.

Penjawat awam Selangor sebelum ini menerima bonus selama tiga bulan dalam pembentangan belanjawan negeri bagi tahun 2018.

Jika tawaran kali ini menjadi kenyataan, ia merupakan satu lagi manfaat yang diterima rakyat Selangor selain daripada lebih 42 Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang sudah dilaksanakan sejak Azmin menjadi menteri besar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71596

Posted by on Apr 11 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE