‘Buah tangan’ terakhir Azmin untuk Selangor

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bantuan khas sempena Aidilfitri sebanyak sebulan gaji kepada 17,109 penjawat awam negeri, pagi ini.

Beliau yang akan melepaskan jawatan tersebut selepas Aidilfitri ini berkata bantuan kewangan khas itu membabitkan peruntukan RM31.2 juta dan akan dibayar pada 25 Jun ini.

“Saya turut mendengar rintihan daripada pegawai-pegawai Persekutuan di negeri ini yang merasa mereka dianaktirikan sedangkan mereka juga bertungkus lumus membangunkan Selangor dengan dedikasi dan kesetiaan.

“Untuk itu, bantuan khas kewangan turut akan diberikan kepada 755 pegawai dari tujuh agensi Persekutuan iaitu RM1,000 setiap seorang yang juga akan dibayar pada 25 Jun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar Selangor di Shah Alam, hari ini.

Azmin yang kini turut menyandang tanggungjawab sebagai menteri hal ehwal ekonomi akan melepaskan jawatannya apabila menteri besar Selangor yang baharu mengangkat sumpah pada 21 Jun depan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71838

Posted by on Jun 4 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE