Cabutan Bertuah Ulang Tahun ke-71: Umno suka dalam duka

(Oleh Manivanan Gowin)

Semakin menghampiri pilihan raya, semakin terserlah penolakan ahli Umno sendiri terhadap parti mereka.

Ini terbukti apabila Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan bahawa 7 buah kereta dan 10 buah motosikal menanti ahli Umno dalam bentuk CABUTAN BERTUAH dalam sambutan Ulang Tahun Umno ke-71 pada 11 Mei ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

cabutan-bertuahPenasihat Umno wajar diberikan kepujian kerana dapat menyedari bahawa perhimpunan kali ini hanya akan menjadi medan protes ahli mereka sendiri. Selaras dengan itu, tindakan bijak penasihat Umno ialah untuk menganjurkan cabutan bertuah termasuk menghadiahkan sebuah kereta Proton Perdana.

Maka, ahli Umno akan hadir beramai-ramai dan akan menunggu sehingga selesai sambutan ulang tahun ini. Acara ini akan digunakan sebagai senjata persepsi politik yang menunjukkan sokongan padu terhadap Umno menuju PRU 14 yang akan datang.

Ini adalah teknik yang terbaik untuk mengumpul seramai ahli yang mungkin dalam temasya sehari. Tambahan pula, teknik ini hanya memerlukan dana RM1 juta berbanding dengan RM2.6 bilion duit rakyat yang ditelan oleh ‘dinosaur’ abad ke-21.

Pendekatan Umno terkini hanya mencerminkan suka dalam duka yang dihadapi oleh pimpinan tertinggi Umno BN. Realiti tetap realiti, kerana seramai mana yang hadir untuk cabutan bertuah ini, tidak akan sesekali menjauhkan penderitaan rakyat termasuk ahli Umno sendiri dengan harga barang yang kian meningkat, kos sara hidup yang meningkat, kualiti kehidupan yang merudum, bebanan cukai GST dan pemansuhan subsidi terhadap barang-barang keperluan.

* Manivanan merupakan Ahli Parlimen Kapar merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69855

Posted by on Apr 18 2017. Filed under KENYATAAN MEDIA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE