Calon BN rampas kertas undi petugas SPR, bayar RM100

(Oleh Aisha Geoffrey)

PETALING JAYA 4 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan salinan laporan polis menunjukkan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, merampas kertas undi pos daripada 25 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memangkahnya.

Menurut saksi yang enggan namanya didedahkan, pada 29 April lalu, beliau bersama 24 orang lagi petugas SPR yang akan bertugas pada hari mengundi dipanggil oleh calon BN Hulu Besut, Nawi Mohamad di Bilik Mesyuarat DUN Kampung Chegar, Batang Pasir Akar.

RafiziSetelah semua memasuki bilik tersebut, pintu kemudian dikunci dan mereka diarah menyerahkan kertas undi masing-masing yang belum dipangkah. Mereka turut dibayar RM100 setiap seorang.

Akibat merasa tidak senang dengan tindakan calon BN itu, beliau bersama tiga lagi petugas berkenaan kembali ke pejabat DUN itu keesokan hari untuk mengambil semula kertas undi mereka.

“Setelah kertas undi diberi semula kepada kami, saya dapati kertas undi tersebut dipangkah tanpa pengetahuan dan kebenaran kami,” kata saksi terbabit dalam laporannya yang diedar Rafizi kepada media di ibu pejabat parti hari ini.

Menurutnya lagi, beliau menjadi saksi bahawa sebanyak 20 lagi kertas undi pos yang tidak dikembalikan telah dimasuk ke dalam peti undi.

Katanya, selepas membuang undi, jari beliau tidak dicalit dengan dakwat kekal seperti yang termaktub dalam peraturan pilihan raya.

Mengulas perkara itu, Rafizi berkata, bukti-bukti tersebut cukup menunjukkan terlalu banyak kepincangan melibatkan pengendalian pengundian pos dan undi awal.

“Terlalu banyak kepincangan sehingga membolehkan calon BN merampas dan membeli kertas undi, malah dakwat kekal pun tidak digunakan seperti sepatutnya,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.

Justeru katanya, KEADILAN menyokong usaha mengadakan himpunan pada 15 Jun nanti manakala pemfailan petisyen akan dilakukan di seluruh negara selewat-lewatnya 10 Jun ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53065

Posted by on Jun 4 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google