Calon KEADILAN Bera yakin bawa kemenangan

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan penghargaan kepada PAS diatas kesefahaman dalam menyelesaikan pertukaran kerusi Parlimen antara Temerloh dengan Bera.

zakariaSelaku calon yang dipilih mewakili Pakatan Rakyat dalam PRU 13, secara peribadi saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada PAS Kawasan Bera yang diketuai Yang DiPertuanya Ustaz Sulaiman Mohamad kerana kebijaksanaan dan keprihatinan beliau mengemudi kerjasama Pakatan Rakyat.

Sebagai pembawa panji-panji Pakatan Rakyat, saya mengambil sepenuh tanggungjawab memastikan keberkesanan kempen dan seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat di kerusi Parlimen Bera dalam PRU13 pada 5 Mei ini.

Kesepakatan dan komitmen semua rakan-rakan Pakatan Rakyat adalah punca kejayaan dalam usaha memartabatkan kuasa dan kebajikan rakyat khususnya di Parlimen Bera.

Hasil sumber kajian awal, kami menjangkakan kemenangan mudah di DUN Triang yang diwakili DAP dan peluang seimbang di DUN Guai yang diwakili PAS serta DUN Kemayan yang diwakili KEADILAN.

Kami juga yakin mood ‘UBAH’ yang hangat melanda seluruh negara bakal menyaksikan Parlimen Bera bakal ditawan Pakatan Rakyat.

Zakaria Abdul Hamid
Calon KEADILAN P090 Bera
18 April 2013

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50630

Posted by on Apr 18 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google