Calon KEADILAN Dengkil yakin bawa kemenangan untuk Pakatan

(Oleh Norutul Ilham)

DENGKIL 16 APRIL: Biarpun Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil mengalami kekalahan agak tinggi berbanding kawasan lain dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, alasan itu tidak akan mematahkan semangat calon KEADILAN, Borhan Aman Shah untuk menewaskan calon BN pada PRU 5 Mei ini.

Pada PRU 2008, Datuk Marsum Paing memenangi DUN Dengkil dengan majoriti 3,367 mengalahkan calon KEADILAN, Ishammudin Ismail dengan undi 8,471 berbanding calon BN, 11,838.

borhanMenurut Borhan, amanat parti meletakkan beliau di DUN itu sebagai asas untuknya meneruskan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

“Saya pasti PRU kali ini, Dengkil bukan lagi kubu kuat BN. Pada PRU 2004, kita kalah dengan majoriti 8,000 lebih tapi pada 2008, kita kalah dengan majoriti 3,000 lebih sahaja.

“Bermakna kali ini kita yakin akan bawa kemenangan. Saya selaku Penyelaras DUN Dengkil dari awal lagi bekerja keras untuk menawan kawasan BN,” katanya kepada Keadilan Daily.

Borhan berkata, hasil lima tahun pentadbiran Pakatan di Selangor akan menjadikan titik tolak untuk rakyat buka mata supaya pada pilihan raya kali ini, calon dari parti itu diamanahkan untuk menjaga kebajikan mereka.

“Dengkil antara kawasan kerap banjir. Menteri Besar Selangor baru-baru ini serahkan peruntukkan RM50 juta untuk mengatasi kejadian sama berulang. Saya percaya rakyat mahu Pakatan kekal di Selangor,” kata Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Selangor itu.

Borhan menambah, kejayaan Pakatan di Selangor memudahkan proses meraih undi pada PRU 13 kerana kepercayaan rakyat kepada Pakatan sekarang lebih tinggi jika dibandingkan dalam PRU 12.

“Secara keseluruhan, setiap kawasan dan perkampungan tiada masalah besar, mereka lebih terbuka mungkin kerana kawasan itu semi urban.

“Tawaran Manifesto Pakatan juga diterima baik. Daripada jumlah pengundi lebih kurang 39,000 terdiri dari kalangan generasi muda dan pertengahan, memudahkan untuk kita beri penerangan,” katanya. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50507

Posted by on Apr 16 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE