Calon KEADILAN positif dengan penerimaam pengundi
Calon KEADILAN Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni positif dengan sokongan pengundi kepadanya.
Pengetua sekolah tahfiz itu gembira dengan sambutan orang ramai terhadapnya setakat tiga hari berkempen ini.
“Sepanjang kempen selama tiga hari ini, sambutan diterima amat menggalakan.
“Ia merupakan petanda baik apabila saya pergi ke mana sahaja, ramai yang menegur dan mahu berswafoto,” katanya pada sidang media kempen hari ini.
Mohd Zawawi Ahmad Mughni, yang merupakan orang kuat jentera pilihan raya Sungai Kandis pada PRU14 akan dicabar calon BN dan seorang calon bebas dalam PRK DUN Sungai Kandis.
PRK ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
Pada PRU14, Shuhaimi mempertahankan kerusi Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh majoriti 12,480 undi apabila menewaskan calon BN Datuk Kamaruzzaman Johari, calon PAS Mohd Yusof Abdullah dan calon Parti Rakyat Malaysia Hanafiah Husin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72056