Calon KEADILAN Wangsa Maju mahu menang lawan BN 10-0

(Oleh Norutul Ilham)

WANGSA MAJU 13 APRIL: Calon KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong meletakkan sasaran menang besar di Parlimen Wangsa Maju (P116) pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurutnya, gerak kerja parti di Parlimen itu dimulakan sejak tiga tahun lalu.

“Kita bekerja keras adakan program dan bertemu masyarakat setempat. Kita tidak mahu menang 1-0 tapi 10-0.

Kee Wong turun padang bertemu pengundi

Kee Kwong turun padang bertemu pengundi

“Setiap hari dalam tempoh berkempen, saya akan turun padang lebih kerap seperti ke tapak pasar malam, jumpa jentera, dan beri taklimat kepada Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) untuk atasi taktik kotor Umno.

“Pertemuan bersama 17 Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) turut diadakan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Yakin dapat memenangi kerusi itu, kata Kee Kwong, beliau tidak gentar siapa pun calon BN yang akan menentangnya.

“Tidak kira siapa pun Umno letak, kita akan lawan habis-habisan. Semua jentera parti bersedia untuk lawan Umno.

“Kita yakin rakyat tahu memilih pemimpin yang mendahulukan kebajikan rakyat berbanding Umno yang suka tabur duit untuk raih sokongan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin KEADILAN itu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan jentera parti supaya berkempen secara sihat dan tidak melayan provokasi Umno.

“Jentera diingatkan, kalau mahu sasaran jadi kenyataan, jangan angkuh, mesra dan buat sebaik mungkin,” kata Kee Kwong.

Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon KEADILAN, Wee Choo Keong pada PRU 2008 sebelum keluar parti Mei 2010 dan kemudian mengisytihar sebagai bebas.

Kerusi panas itu berjaya dirampas daripada MCA dengan majoriti tipis iaitu 150. Choo Keong mengalahkan calon BN, Yew Teong Look dengan memperolehi 19,637 undi berbanding lawannya 19,487. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50242

Posted by on Apr 13 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google