Calon PRK Sungai Kandis diketahui selepas pengumuman SPR

Calon KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis hanya akan diumumkan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman mengenai pilihan raya kecil (PRK) kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Beliau berkaya demikian sewaktu ditanya wartawan tentang calon yang akan diturunkan dalam PRK kelak.

“Belum lagi (berkaitan calon) kerana saya perlu membuat laporan kepada kepimpinan tertinggi parti.

“Saya akan membuat pengumuman selepas SPR membuat pengumuman mengenai PRK DUN Sungai Kandis,” katanya kepada media hari ini.

PRK Sungai Kandis akan berlangsung selepas penyandang kerusi Shuhaimi Shafiei meninggal dunia kerana kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71970

Posted by on Jul 4 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE