KeadilanDaily.com » KENYATAAN MEDIA

Ucapan dasar Presiden: Suara rakyat, suara keramat
Saudara-saudari anggota parti yang dihormati,

Selamat datang ke Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Ke-9 pada tahun ini. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana diberi peluang dan kesempatan untuk berkumpul di sini. Kita juga merasa cukup bertuah kerana sekali lagi diraikan sebagai tetamu di negeri Selangor Darul Ehsan. Selepas melalui pelbagai cabaran di medan perang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, kita berkumpul kembali di sini – bermuhasabah, memperkemas dan mempersiapkan parti untuk menghadapi pertempuran baru di masa akan datang.

Kita juga merakamkan jutaan terima kasih atas kesudiaan Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan YAB Dato’ Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sudi meraikan kita di sini. Setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal keduanya.

Alhamdulillah, kejayaan mempertahankan Negeri Selangor membuktikan bahawa usaha Pakatan Rakyat pada penggal yang lalu – mengangkat ekonomi negeri, melakukan pelbagai perubahan, menambahbaik pengurusan dan menaiktaraf kebajikan rakyat – telah berjaya mempertahankan negeri Selangor di bawah teraju Pakatan Rakyat.

PRU13: Mandat dirampas lantaran kecurangan SPR

Pada 5 Mei yang lalu, rakyat sudah membuat keputusan yang jelas. Keputusan yang disaksikan seluruh dunia – bahawa 51% rakyat Malaysia telah memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat. Mandat ini semestinya mewakili suara dan aspirasi rakyat yang menaruh harapan dan impian untuk melihat Malaysia yang lebih baik, lebih adil dan lebih berdaya saing.

Walaupun rakyat berdepan dengan proses pilihan raya yang tempang, akses media yang berat sebelah ditambah pula dengan liputan berunsur fitnah dan propaganda jahat serta penyalahgunaan jentera dan agensi-agensi kerajaan oleh Barisan Nasional, namun rakyat tetap bangkit melawan dan membuat perubahan di peti undi. Hasilnya, Barisan Nasional telah dihukum dan hanya meraih sokongan dari 47% rakyat, menjadikan mereka sebuah kerajaan minoriti yang mana keabsahan (legitimacy) mereka boleh dipertikai dan dipersoalkan. Rentetan dari perkembangan ini, integriti dan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sewajarnya dipersoalkan!

Sesungguhnya mandat yang telah diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU baru-baru ini telah dinafikan dan ‘dirampas’ oleh Barisan Nasional lantaran kecurangan SPR yang mengkhianati proses pilihan raya. Pelbagai bukti penyelewengan yang dilakukan oleh SPR telah berjaya dikenalpasti dan kini dikumpulkan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Pengarah Strategi parti, YB Rafizi Ramli. Penggunaan dakwat hitam kekal yang kononnya mampu bertahan pada jari pengundi selama lima (5) hari ternyata satu pembohongan. Banyak laporan yang diterima bahawa dakwat hitam tersebut tidak berkesan dan ada pengundi yang mendakwa dakwat tersebut hilang sebaik saja dibasuh beberapa minit selepas mengundi!

Dakwat kekal yang tidak kekal ini adalah bukti jelas bahawa proses PRU13 yang dikendalikan oleh SPR adalah tidak telus dan dicemari dengan penipuan. Tujuan asal penggunaan dakwat kekal ini dilaksanakan sebetulnya adalah untuk mengelakkan pengundian berulang akibat ketidakyakinan rakyat terhadap kewibawaan dan ketelusan daftar pemilih SPR. Namun apa yang berlaku, dakwat hitam yang dikatakan kekal bertahan selama lima (5) hari ini rupa-rupanya hanya indah khabar dari rupa! Lebih mengejutkan adalah alasan-alasan dangkal yang diberikan oleh pihak SPR untuk menutup penipuan ini kononnya botol dakwat tersebut perlu digoncang terlebih dahulu sebelum digunakan.

Selain itu, kita juga turut mendapat bukti tentang kes di mana jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian adalah lebih banyak dari jumlah kertas undi yang dikeluarkan pada peringkat awal. Ini berlaku di kerusi Parlimen Balik Pulau yang ditandingi oleh calon KEADILAN dan di kerusi-kerusi DUN dibawahnya iaitu DUN Telok Bahang dan DUN Pulau Betong. Kejadian ini membuktikan bahawa peristiwa undi yang dikira melebihi dari kertas undi yang mulanya dikeluarkan memang berlaku. Jika ia boleh berlaku di Parlimen Balik Pulau, sudah tentu juga ia boleh berlaku di tempat-tempat lain.

KEADILAN dengan ini mencadangkan supaya ditubuh satu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat projek pemberian kad pengenalan sepertimana yang terbukti berlaku di Sabah agar diperluaskan ke seluruh negara.

Kepimpinan SPR wajar  letak jawatan

Rakyat pastinya akan menghakimi SPR yang ternyata gagal untuk melaksanakan proses pilihan raya yang adil dan bersih walaupun tuntutan rakyat yang dibuat berkali-kali melalui BERSIH ditolak kesemuanya melainkan penggunaan dakwat kekal.

Sesungguhnya, seluruh rakyat Malaysia merasa amat kesal atas kegagalan SPR melaksanakan amanah yang diberi rakyat dengan adil dan saksama. Tindakan SPR ini mengingatkan kita kepada nasihat yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada seorang sahabat, Abu Dzar Al-Ghiffari:

“Sesungguhnya ia (kuasa) adalah amanah. Dan pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan melaksanakan apa yang menjadi tuntutannya”. (Hadis riwayat Muslim)

Baginda SAW juga pernah bersabda:

“Apabila amanah itu dilenyapkan, maka tunggulah datangnya kiamat.” Ditanya kepada Baginda SAW, “Wahai Rasulullah, bagaimana melenyapkan amanah itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Apabila amanah itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya kemusnahan!”

Justeru, kita akan terus menuntut agar kepimpinan SPR meletakkan jawatan! Tuntutan rakyat yang disuarakan oleh BERSIH ternyata tidak dilaksanakan sepenuhnya. SPR bukan sekadar gagal menjamin proses pilihan raya yang bersih dan adil malah terlibat pula secara langsung dalam jenayah penipuan bagi pihak Barisan Nasional.

Himpunan Blackout 505: Majoriti rakyat menuntut Reformasi sebelum rekonsilisasi

Susulan daripada kepincangan dan penipuan dalam PRU13 yang lalu, Pakatan Rakyat telah menggerakkan Himpunan Blackout 505 (Gelita 505) untuk menyatakan bantahan, kemarahan dan kekecewaan rakyat terhadap proses pilihan raya yang tempang, tercemar dan curang.

Jelajah Black 505 di beberapa buah negeri – setakat ini di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Terengganu dan semalam di Melaka telah menyaksikan kehadiran ratusan ribu rakyat yang turun menyatakan bantahan terhadap penipuan dalam PRU13 yang lalu.

Tawaran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak yang dibuat selepas kemenangan palsu PRU13 agar diadakan rekonsiliasi (reconciliation) terbukti tidak ikhlas apabila ada pemimpin Barisan Nasional dengan angkuh dan sombong mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya negara supaya berpindah ke negara lain. Apakah pemimpin Barisan Nasional tersebut mahu 51% rakyat Malaysia berpindah ke negara lain? Sememangnya, di negara lain pun ada sistem ‘first past the post’. Tetapi, jurang jumlah pengundi di kawasan yang besar tidaklah begitu jauh bezanya dengan kawasan yang kecil jumlah pengundinya.

Sesungguhnya, kita telah menyaksikan dengan jelas bahawa SPR secara terancang dan halus memastikan Barisan Nasional tetap memperolehi jumlah kawasan Parlimen atau DUN lebih banyak berbanding parti lain, meskipun jumlah undi popular yang diperolehi jauh lebih rendah. Maka itulah, apa yang kita dapati sebagai hasil PRU13 ini, Barisan Nasional yang memperoleh 47% undi popular (sekitar 5.2 juta pengundi) telah membolot 133 kawasan Parlimen. Manakala Pakatan Rakyat yang memperoleh lebih 51% undi popular (iaitu sekitar 5.6 juta pengundi) hanya dapat menguasai 89 kawasan Parlimen.

Oleh yang demikian, sebagai suara majoriti rakyat, kita akan terus menuntut agar kerajaan minoriti Barisan Nasional bersama-sama kita untuk melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi melalui reformasi politik yakni reformasi pilihan raya dan reformasi Parlimen sebelum menawarkan rekonsiliasi.

Pakatan Rakyat akan terus komited mempertahankan rakyat daripada pelbagai kesusahan yang bakal diwujudkan dengan melaksanakan manifesto suara majoriti rakyat termasuk memberikan pendidikan percuma, menghapuskan perancangan cukai GST dan saman AES, menurunkan harga barangan, menghapuskan rasuah dan kronisme daripada terus berleluasa.

Pakatan Rakyat untuk semua

Sesungguhnya, PRU13 yang baru berlalu menjadi saksi bahawa KEADILAN telah mendapat dokongan yang cukup kukuh dan mantap terutamanya daripada generasi muda, tanpa mengira agama dan kaum. Komitmen anak-anak muda secara konsisten hingga ke hari ini (melalui perhimpunan Black 505) jelas menyaksikan bersemaraknya budaya baru yang merakyat. Dengan jiwa reformasi penuh membara, mereka berganding bahu dengan rasa mahabbah dan persaudaraan, tanpa mengenal hujan dan panas.

Sesungguhnya, generasi muda adalah generasi harapan masa depan kita. Merekalah penerus perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi Malaysia tercinta ini. Penahanan dan pendakwaan seorang anak muda bernama Adam Adli baru-baru ini menggambarkan ketakutan kerajaan BN terhadap suara anak muda yang berani menyatakan kebenaran dan membantah penipuan pilihan raya. Beliau dilayan umpama penjenayah berbahaya hanya kerana bersuara lantang mengkritik kepincangan sistem pilihan raya.

PRU13 telah menjadi saksi bahwa politik perkauman, politik samseng dan keganasan, politik pecah dan perintah, politik adu domba dan ugutan, politik lucah dan fitnah, politik rakus dan fanatik melulu telahpun ditolak oleh rakyat. Tindakan UMNO dan Barisan Nasional yang bermain api dengan segala unsur fanatik ini adalah sangat merbahaya dan mengancam keharmonian masyarakat.

22. Nyata dan pasti, bahwa rakyat sebenarnya meletakkan harapan yang cukup tinggi terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk mengisi agenda arah dan halatuju masa hadapan negara. KEADILAN telah menjadi satu-satunya parti yang memenangi kerusi di semua 14 negeri dan Wilayah Persekutuan sekaligus muncul sebagai parti arus perdana, yang mengamalkan budaya politik baru didalam setiap langkah dan tindakan.

Oleh yang demikian, komitmen kita kepada semua rakyat Malaysia bahawa KEADILAN adalah untuk semua rakyat akan tetap menjadi teras perjuangan kita. Inilah yang menggerunkan kerajaan minoriti Barisan Nasional.

Meluncur kemenangan masa depan

Sebagai pejuang sejati, apa jua yang kita alami, perlu juga kita selami kembali. Bersama kita bermuhasabah diri, agar harapan tinggi rakyat tidak kita kecewakan. KEADILAN mempunyai pengaruh nasional yang cukup hebat, namun perlu diseimbang dengan jentera yang mantap, berdisiplin dan kemas di peringkat akar umbi. PRU13 mengajar kita bahawa penipuan berlaku secara sistematik dan berleluasa, dan tumpuan kita kini adalah untuk mendedahkan penyelewengan PRU kepada rakyat.

Dalam masa yang sama, adalah amat kritikal agar program-program pemantapan pimpinan, organisasi, jentera parti dan keahlian diperkukuhkan demi menjana kemenangan dalam masa terdekat. Usaha-usaha pemantapan jati diri anggota dengan kefahaman serta penghayatan ideologi parti perlu diperhebatkan. Dengan meluncur sehati, sejiwa, barulah kita mengecapi kemenangan.

Penambahan anggota di peringkat cabang perlu dirancakkan, ranting-ranting di setiap daerah mengundi kawasan pilihanraya perlu dibuka dan diaktifkan. “Espirit de corps”, semangat persaudaraan, pengorbanan, sokong menyokong dan saling memberi motivasi sesama anggota perlu dirancakkan. Pemantapan organisasi, peningkatan bilangan anggota parti dan pengukuhan semangat persaudaraan ini lebih kritikal di kawasan luar bandar yang akan menjadi tumpuan utama parti.

Oleh yang demikian, ruh reformasi perlu ditiupkan kembali. Dalam masa yang sama, muafakat melalui wadah Pakatan Rakyat perlu disemarakkan berteraskan prinsip hormat menghormati disamping membina konsensus bersama demi rakyat.

Sesungguhnya, bersama kita menyedari bahawa perjuangan untuk membina Malaysia yang lebih baik dan saksama, bukanlah mudah dan senang. Maka bersedialah kita semua dari segi spiritual, mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran dan tekanan yang akan ditimpakan. Jangan ada di antara kita yang tewas dalam perjalanan. Buat anggota parti yang tidak terpilih menjadi calon dalam PRU lalu, janganlah goyah dan berkecil hati. Perjuangan harus diteruskan.

Justeru, marilah juga bersama kita menginsafi bahwa perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan rakyat ini adalah amat mulia di sisi Allah dan insan. Maka itu, janganlah kita merasa ragu-ragu dan merasa tidak pasti. Setiap perjuangan yang mulia dan tinggi pasti melalui dugaan dan cabaran. Ini merupakan ketentuan Ilahi. Keyakinan kita kepada rahmat dan redhaNya pasti akan menjadikan kita istiqamah dalam perjuangan ini.

Firman Allah:

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap dugaan yang menimpa kamu). Sesungguhnya kamulah orang-orang yang tertinggi (termulia, mengatasi musuh) jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh beriman.” (Ali Imran: 193)

Kita juga tidak sekali-kali lupa bahawa perjuangan kita adalah satu amanah besar lagi mulia di sisi rakyat. Oleh yang demikian, kepentingan rakyat dan kepentingan prinsip perjuangan menjadi keutamaan kita.

Akhir sekali, marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberikan amanah untuk kita menjadi suara majoriti rakyat Malaysia tercinta. Suara rakyat, suara keramat!

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden Parti KEADILAN Rakyat

Wanita KEADILAN tekad maju ke hadapan – Zuraida
Tekad Maju Kehadapan

Salam Sejahtera dan Salam Reformasi.

Alhamdulilah segala puji dan kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. Dengan limpah izinNYA dapat kita sekali lagi kita bersua dalam suasana permuafakatan dan persaudaraan.

Saya bagi pihak barisan kepimpinan Wanita Keadilan Pusat mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan dan mengucapkan Selamat Datang kepada semua perwakilan dan para pemerhati ke Kongres Wanita Nasional 2012.

Kebangkitan wanita

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,

Kebangkitan wanita menjadi tunjang kepada perjalanan dan pembangunan politik dalam negara. Wanita sebagaimana lelaki dibebani dengan tanggungjawab memastikan pemerintah yang adil dan bersih dipilih bagi mengepalai tampuk pemerintahan negara.

(Allah berfirman) : “Aku (Allah) tidak akan mempersiakan amalan orang yang beramal di kalangan kamu, baik lelaki mahupun perempuan; sebahagian kamu berasal daripada sebahagian yang lain.” (Ali Imran: 195).

Wanita merupakan sebahagian dari ahli masyarakat, Penyertaan secara umum dalam pemerintahan negara merupakan hak yang telah diberikan oleh Agama (Islam) tanpa membezakan antara lelaki dan perempuan. Sesungguhnya Islam telah mengakui hak-hak wanita dalam bentuk hak-hak diri (perseorangan) yang sempurna dan hak-hak ketamadunan yang sempurna demikian juga hak individu berpolitik.

Hari ini peranan wanita tidak terhad kepada menggalas tugas-tugas tradisi seperti menguruskan perihal keluarga dan rumahtangga. Peranan wanita sebagai ibu, pendidik dan penggerak masyarakat amat penting dalam membawa perubahan kepada pembangunan masyarakat dan Negara.

Alhamdulillah hari ini kita dapat melihat perwakilan Wanita Keadilan bersama-sama bergabung tenaga dalam arus kebangkitan wanita kearah pemantapan diri serta pembangunan Negara.

Perjuangan wanita sebenarnya telah bermula. Penguasaan ilmu menjadi mekanisme penting kepada pemberdayaan wanita bagi membolehkan kaum hawa melangkau dengan lebih jauh di pelbagai peringkat sosio-ekonomi Negara. Tidak dinafikan bahawa wanita kini berdepan dengan cabaran lebih hebat namum ia tidak pernah mematikan semangat untuk terus mengharunginya dengan tabah.

Senario politik negara juga telah menampakkan perubahan yang besar. Jika dahulu ia di pelopori oleh kaum lelaki, kini kita dapat melihat wanita telah berjaya meletakan diri mereka setara dengan kaum lelaki dalam arus perubahan ini. Keterlibatan wanita sebagai penggubal dasar dan mengimplimentasikan polisi lahir atas kesedaran bahawa wanita mampu menjadi pencetus pembangunan dan berkebolehan menjadi pemimpin dan pembuat keputusan.

Kebangkitan wanita tidak mungkin berlaku jika tiada pemangkinnya. Alhamdulillah, di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat, pintu peluang telah dibuka bagi membolehkan wanita menggunakan segala kaedah yang telah tersedia untuk meluaskan penguasaan ilmu agar tidak ketinggalan dalam arus perubahan global.

Saya amat berharap Wanita Keadilan terus memanfaatkan peluang yang ada agar tampil lebih versatile dan dinamik bukan sahaja dalam bidang pekerjaan (career) bahkan dalam kepimpinan Parti.

Menyedari betapa pentingnya komposisi wanita sebagai pelengkap kepada sesebuah organisasi politik, kepimpinan Wanita Keadilan berharap agar Wanita meneruskan usaha menyelusuri arus perubahan serta komited dan fokus dengan agenda kita untuk menumbangkan kerajaan BN UMNO tua lagi zalim dan membawa nafas baru kepada wanita seluruh Negara.

Sebagai meneruskan kesinambungan atas sumbangan wanita di negara ini, maka layaklah tema “TEKAD MAJU KEHADAPAN” dipilih menjadi tema Kongres Wanita Keadilan pada tahun ini.

Tekad maju ke hadapan

Setelah bergelumang dalam parti selama empat belas tahun, kompitensi wanita Keadilan hari ini adalah ditahap membanggakan. Wanita Keadilan cekal dalam menghadapi cabaran serta lebih berdaya saing dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Kini sebahagian besar Wanita Keadilan disemua peringkat mempunyai ketahanan diri dan berdisiplin. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan tahap pencapaian ini digarap oleh semua kepimpinan dan anggota. Kepimpinan Pusat, Negeri, Cabang dan Ranting hendaklah memantapkan organisasi sebagai langkah untuk maju kehadapan.

Dengan pengurusan yang cekap ini, kepimpinan akan dapat mencorakkan cara gerak kerja, pendekatan yang lebih kreatif dan segar dalam membawa budaya politik matang. Dengan cara ini minda politik dapat dikembangkan dengan idea-idea baru untuk memenuhi kehendak akar umbi dan rakyat.

Dalam memastikan Wanita Keadilan terus menjadi komposisi penting dalam parti, saya menyeru agar kita mempersiapkan diri menjadi model kepada pemberdayaan wanita seluruh Negara. Pengalaman pahit getir jatuh bangun kita tidak sepatutnya menjadi batu penghalang malah ianya elok dijadikan pengajaran diri agar Wanita Keadilan TEKAD MAJU KEHADAPAN meneruskan usaha menumbangkan pihak lawan.

Suasana politik negara telah matang dan Wanita Keadilan hendaklah lebih berani menyelusuri arus perjuangan . Peluang yang terbuka luas hendaklah direbut agar kita dapat mencapai matlamat membela nasib serta mengangkat suara wanita keperingkat yang lebih tinggi. Pengalaman yang ditimba hendaklah digunakan sewajarnya.

Setiap pimpinan parti, khususnya Wanita Keadilan harus terus-menerus mengembeling tenaga agar hasrat membawa perubahan kepada Malaysia dapat dicapai.

Wanita pasca 5 Mei 2013

Hadirin hadirat yang dihormati sekelian,

Dalam politik lama tugasan wanita dalam berkempen hanya terhad dengan kerja-kerja merayu undi. Hari ini Wanita Keadilan berjaya melahirkan wanita yang lebih matang, bijak dan karismatik dapat memikul tanggungjawab yang lebih intrusmental dalam gerak kerja pilihanraya.

Ada diantara anggota wanita yang telah berjaya menjadi Pengarah Pilihanraya, Wakil Calon, Pengurus Kempen dan Ketua Daerah Mengundi. Syabas Wanita Keadilan kerana berani memikul tanggungjawab yang tradisinya digalas kaum lelaki.

Tahniah saya ucapkan kepada semua calon-calon wanita yang bertanding dalam Pilihanraya ke 13 yang lalu. Kepada yang menang syabas dan harap dapat menjalankan tugas dan amanah sebagai Ahli Yang Berhormat di kawasan masing-masing.

Kepada yang belum menang harap tidak berputus asa. Kemungkin gelombang perubahan belum sampai dikawasan yang ditandingi. Namun demikian, saya ingin merakamkan kekecewaan saya kerana gagal mempertahankan beberapa calon wanita untuk bertanding.

Dengan itu, saya menyeru agar wanita Keadilan yang mempunyai semangat tinggi untuk bertanding mempersiapkan diri dalam memantapkan kapasiti peribadi dan memperkukuhkan jawatan jangan hanya terhad dalam struktur wanita malah ke peringkat arus perdana. Wanita Keadilan hendaklah mempunyai aspirasi menjadi Ketua Negeri dan Ketua Cabang.

Pada Piliharaya ke 13 yang lepas, Wanita Keadilan telah bertanding sebanyak 11 kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kita berjaya di tiga kerusi Parlimen (27.3%) dan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (42.1%).

Pun begitu, kita masih tidak dapat mencapai sasaran 30% penyertaan wanita dalam pilihanraya yang lalu. Kejayaan yang dikecapi ini menuntut kita berusaha gigih dan terus memperbaiki diri bagi memastikan suara wanita diiktiraf di semua peringkat. Dengan polisi serta dasar yang telah digubal, adalah besar harapan saya supaya pemimpin-pemimpin wanita Keadilan mengorak langkah lebih berani melibatkan diri dalam politik arus perdana.

Tidak dinafikan Wanita memainkan peranan penting dalam organisasi politik namun demikian kepimpinan parti keseluruhannya harus bertanggungjawab dalam membentuk, menambah dan melatih anggota wanita. Kerja-kerja yang dianggap pada tradisinya khusus untuk wanita tidak boleh diguna pakai. Dalam parti yang progresif seperti Keadilan, tidak ada beza tugas antara anggota lelaki dan wanita. Inilah politik baru yang dibawa oleh Wanita Keadilan.

Wanita harus berani membawa budaya progresif ini agar tidak dipersoalkan diatas kemenangan mahupun kekalahan seseorang calon dalam pilihanraya. Dalam masa yang sama, budaya meminggirkan calon wanita perlu dihakis kerana wanita bukanlah hanya untuk diperalatkan membuat kerja-kerja yang nampak remeh tetapi tidak mudah.

Kita tidak mahu seperti UMNO, wanitanya masih lagi ditakuk yang lama dan masih gagal untuk mengetengahkan secukupnya calon-calon wanita walaupun sudah 50 tahun bertapak di Negara ini. Ini kerana mereka masih dibelengu politik lama yang meletakkan wanita sebagai warga kelas kedua.

Pun begitu, pada sayap wanita yang ada sekarang saya berharap agar kita bersatu hati. Kita juga harus memahami perjuangan Wanita Keadilan dan akur dengan halatuju yang dibawa oleh Kepimpinan Wanita. Wanita juga diperingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan agenda orang yang berkepentingan di luar sayap wanita.

Dengan kesatuan ini maka dapatlah kita sama-sama menguatkan dan melaksanakan dasar Wanita Keadilan justeru mendapat penghormatan dan tidak mudah diperlekehkan. Barulah martabat kepimpinan Wanita Keadilan di semua peringkat terserlah dan diberi perhatian.

Perjalanan wanita Keadilan masih jauh. Wanita mesti berilmu, dinamik dan versatile. Ini menjadi aset penting bagi membolehkan parti yang kita sayangi ini menjadi sebuah parti yang kukuh yang boleh menjana penguasaan wanita dalam pembentukan sebuah negara yang berteraskan modal insan. Masa begitu cepat meninggalkan kita.

Komitmen wanita amat penting dalam memastikan Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan sebagai manifesto wanita dalam pilihanraya yang lepas disebarkan dengan lebih agressif terutamanya dikawasan pendalam yang mana tiada akses kepada media alternatif. Sentuhan peribadi masih lagi diperlukan sebagai pendekatan kepada mereka di kawasan ini. Oleh itu, kerja-kerja penambahan agen-agen penerangan dan latihan perlu ditingkatkan bagi mencapai matlamat tersebut. Ianya mesti menjadi buah mulut wanita di Malaysia.

Barisan kepimpinan wanita yang jujur, amanah dan berintergirti adalah kunci kejayaan sayap wanita dalam parti agar kita dapat menghasilkan sebuah negara yang adil. Pada masa yang sama, prinsip demokrasi mestilah diraikan di semua peringkat. Demokrasi berorganisasi haruslah beradab dan mengikut proses yang sewajarnya. Akhirnya kita akur kepada sesuatu keputusan dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Inilah yang dikatakan disiplin yang menjadi sebahagian dari sikap profesionalisme seorang ahli politik.

Persiapan pilihan raya umum ke14

Walaupun Piliharaya Umum ke- 13 baru tiga minggu berlalu, gerak kerja pilihanraya harus diteruskan bagi persiapan Pilihanraya Umum ke-14 yang mungkin akan berlalu dalam tempoh dua atau tiga tahun yang akan datang. Keputusan Pilihanraya Umum ke-13 meletakkan Barisan Nasional dalam keadaan terumbang-ambing. Akibat peningkatan kejayaan Pakatan Rakyat dapat menambahkan 89 kerusi Parlimen.

Keadaan ini menggagalkan mereka mencapai dua pertiga majoriti Dewan Rakyat. Saya percaya dengan kehadiran Ahli-ahli Parlimen penggal pertama yang muda, dinamik dan agresif, banyak pembongkaran, penyelewengan yang mampu dibahaskan Dewan Rakyat yang bakal bersidang pada Jun ini.

Dengan adanya Ahli Parlimen seperti mereka, maka kita berharap akan dapat mendedahkan kepada rakyat tentang penyelewengan-penyelewengan seperti dalam kes popular Lembu 1Malaysia (NFC). Pendedahan ini akan membolehkan kita mencelikkan dan menyedarkan khusunya rakyat di pedalaman agar mereka memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke- 14 akan datang.

Wanita Keadilan seharusnya lebih peka dengan isu-isu semasa dan mampu untuk berhujah diperingkat akar umbi dan membawa mesej yang jelas. Dengan kebolehan ini membuktikan kita sudah mampu menggalas tanggungjawab mencorakkan politik Negara. Saya berharap agar wanita lebih competent.

Bagi maksud itu saya berharap agar Agenda Wanita Malaysia dan Caruman Wanita Malaysia yang dirangka oleh Kepimpinan Wanita Pakatan Rakyat akan terus menjadi wadah yang dibawa wanita Keadilan kepada wanita seluruh negara. Agenda Wanita Malaysia mengiktiraf wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat dalam memenuhi tanggungjawab sosialnya sebagai warganegara Malaysia.

Atas kepercayaan bahawa jika wanita ingin terus maju dan berdaya saing di semua peringkat, saya ingin mengajak kesuluruhan wanita yang berada di dewan ini dan di luar sana marilah sama-sama menggembeling idea dan tenaga bagi meyakinkan kepada rakyat bahawa kita adalah kepimpinan baru yang mampu memberi nafas baru dalam sistem pemerintahan demokrasi negara ini dan bahawa kitalah yang mampu membawa perubahan yang baik demi masa depan Malaysia!

Kepimpinan

Di kesempatan ini, renungkanlah sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW sebagai iktibar parti. Kita telah membaca bagaimana dalam perang Badar, tentera Islam yang serba kekurangan telah berjaya menewaskan musuh yang jauh lebih besar bilangan serta lebih lengkap peralatannya.

Manakala peristiwa Uhud, walaupun kekuatan tentera Islam dan musuh lebih setara, tentera Islam mengalami kekalahan. Diriwayatkan, ketewasan semasa Uhud berpunca daripada kelemahan rantaian kawalan dan pemerintahan pasukan serta kelalaian mentaati arahan pemimpin oleh tentera pemanah berbanding ketika pertempuran Badar.

Pengajaran dari rentetan sirah tersebut, ialah peri pentingnya disiplin organisasi dalam sesebuah parti. Implikasi apabila tiada kepatuhan dalam perjuangan berjemaah, kita akan menempa kegagalan, kecundang dan tewas. Peribahasa Melayu ada menyatakan Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

Keadilan berada diambang pemilihan Parti. Pemilihan kali ini bakal mencorakkan halatuju Parti Keadilan Rakyat di masa hadapan. Keadilan adalah sebuah parti yang muda namun pengalaman yang dilalui telah memperlihantkan kematangan jentera dan anggotanya.

Keadilan menuntut setiap anggota dan pemimpinnya agar lebih bersikap terbuka. Parti ini juga menuntut supaya kita tidak mementingkan diri jauh sekali membuat keputusan berdasarkan kepentingan peribadi. Selari dengan itu maka Pimpinan Pusat Parti hendaklah mengamalkan sikap keterbukaan dalam memilih bakal pemimpin atau calon yang sesuai.

Dalam apajua peringkat kepimpinan, bakal pemimpin hendaklah memenuhi kriteria kepimpinan yang boleh dijadikan contoh oleh anggota parti. Selain memahami intipati perjuangan parti beliau juga hendaklah mempunyai wawasan serta idea yang dapat memberi impak positif kepada anggota yang lain. Calon pemimpin seharusnya dapat menjiwai semangat juang serta mempunyai jatidiri yang tinggi. Ciri-ciri tersebut akan melahirkan kepuasan hasil lantas meningkatkan keupayaan diri dan parti agar lebih kukuh serta dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Pun begitu, kita harus ingat bahawa perasaan tanggungjawab itu sahaja tidak mencukupi. Seorang pemimpin berintergriti harus mempunyai acuan tersendiri dalam menguruskan sebuah organisasi apatah lagi sebuah parti politik yang terasnya adalah mereformasikan kerajaan demokrasi.

Janganlah kita terperangkap dalam memilih pemimpin yang mementingkan diri, jawatan dan meletakkan agenda peribadi serta membelakangkan agenda parti.

Dalam konteks yang sama, besar harapan saya agar Pimpinan Pusat Parti mempertimbangkan seberapa ramai calon wanita di masa akan datang. Ini bagi memastikan Wanita Keadilan dapat memenuhi kuota 30% penglibatan wanita di peringkat Persekutuan, Negeri dan di semua peringkat struktur organisasi parti agar parti lebih sensitif gender.

Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Terdahulu negara telah digegarkan apabila seorang lelaki memangku jawatan Menteri Wanita. Maka Perdana Menteri rela dicaci, dihina dan diejek di laman media sosial akibat percaturannya itu. Ini jelas satu penghinaan terhadap wanita! Ia juga satu penghinaan kepada Wanita UMNO apabila Najib Razak gagal menamakan pengganti Shahrizat Jalil lalu melantik dirinya sebagai Menteri Wanita. Kita amat kecewa Wanita UMNO tidak mampu menyakinkan Najib untuk meletakkan seorang wanita bagi mengisi jawatan tersebut. Dengan kegagalan ini maka wanita UMNO tidak relevan dalam memperjuang dan membela wanita Malaysia. Peristiwa ini adalah sejarah hitam wanita Malaysia.

Namun saya percaya, Keadilan lebih terbuka. Calon-calon pilihanraya dan kepimpinan tidak semestinya berlatar belakangkan golongan professional sahaja malahan kita juga perlu calon-calon dari peringkat akar umbi yang mempunyai semangat juang yang tinggi, memahami kehendak masyarakat serta memahami dasar Parti Keadilan Rakyat. Ini bagi membolehkan kita mempunyai kepelbagaian dalam kepimpinan agar parti lebih diterima umum dan menambah keanggotaan dalam Keadilan.

Realitinya, sokongan rakyat terhadap Keadilan serta Pakatan Rakyat bukan sahaja terletak pada dasar serta polisi yang dibawa tetapi ia juga bergantung kepada pelbagai faktor seperti kecekapan jentera di setiap cabang selain calon dan kepimpinan yang diketengahkan. Atas kesedaran itu, saya ingin menyeru agar Wanita Keadilan lebih rajin dalam memberi khidmat kepada rakyat, berwibawa dan bersikap rendah diri.

Sekiranya kepemimpinan itu diperhitungkan pada aspek lain, umpamanya tanggungjawab, amanah, tugas, beban dan khidmat nescaya ramai yang kecut perut dan menghindarkan diri dari kepimpinan. Terutamanya apabila memikirkan seluruh tanggungjawab tersebut bakal dihisab oleh Allah SWT satu persatu secara terperinci di Akhirat kelak.

Namun yang demikian sifat-sifat terpuji ini boleh dibentuk. Jika merasakan amanah yang dipikul ini berat dan tidak mampu digalas maka tidak salah jika kita membuka peluang kepada yang lebih layak. Janganlah kita biarkan perasaan selesa duduk di kerusi empuk mengkelabui hati untuk mempertahankan kuasa sebaliknya kita perlu menyelami kemahuan dan kehendak akar umbi.

Jangan ada rasa hasad dengki, iri hati dan cemburu diri sesama kita walaupun sekelumit, kerana ia akan menjadi barah yang menghancurkan diri tetapi lebih malang ia akan melumpuhkan kekuatan parti. Jika perkara ini boleh kita lakukan maka bolehlah kita mengubah persepsi masyarakat serta anggota parti sendiri.

Atas kesedaran tersebut, Wanita Keadilan hendaklah menghayati perjuangan yang dilaungkan. Cekalkan hati dan binalah jatidiri yang tinggi agar dapat kita menukar persepsi yang dilemparkan terhadap kaum wanita. Ketahuilah jika kita ingin menjadi parti yang menang maka Wanita Keadilan hendaklah menanamkan sikap toleransi, sabar disamping tegas membuat keputusan.

Wanita ini ibarat:

dalam kasar, ada lembutnya

dalam sombong, ada belasnya

dalam marah, ada sayangnya

dalam benci, ada kasihnya

dalam diam, ada rindunya

dalam hati, ada cintanya

Saya selaku Ketua Wanita Keadilan Pusat sudah pasti akan meneruskan usaha agar para sahabat dan rakan seperjuangansentiasa siap siaga dalam menempuh apa jua rintangan yang datang. Apa yang lebih penting adalah saya ingin melihat wanita menuju kejayaan yang lebih tinggi. Persiapkanlah diri kita mulai sekarang. Perjuangan menuntut sebuah negara demokrasi yang adil masih dipertengahan jalan.

Marilah kita bersama-sama menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran wanita di Negara ini. Marilah kita berusaha untuk mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan khususnya kepada wanita. Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang adil dan saya yakin hanya Keadilan yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Akhir kata:

Dijadikan induk ia menjadi,

Dijadikan teman ia sejati,

Bersatulah wanita sebulat hati,

Demi maju diri dan parti

Selamat bersidang!

Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita KEADILAN

Zahid, hentikan tangkapan ‘rakus’ pemimpin Pakatan, NGO
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyelar tindakan rakus Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sejak memegang jawatan, berterusan menggunakan kuasa sewenangnya bagi menutup mulut rakyat dan menghentikan penentangan terhadap penipuan pilihanraya yang lalu.

Pembebasan Adam Adli melalui ikat jamin, tidak mencerminkan apa-apa apabila Yb Tian Chua, Sdr Haris Ibrahim dan Dato’ Thamrin Ghafar ditahan beberapa jam yang lalu.

Tindakan Zahid ini dilihat sebagai penuh kegilaan, mengancam dan menyekat kebebasan majoriti rakyat yang mula bangkit untuk mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional serta SPR diatas beberapa penipuan jelas bagi rejim pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihanraya paling kotor dalam sejarah.

AMK Selangor bertegas sebarang bentuk penentangan, dan kebangkitan yang berlaku sejak 5 Mei 2013, bukanlah berpaksi kepada kekecewaan dan tidak menerima kekalahan tetapi adalah satu manifestasi persoalan tentang beberapa bentuk salahlaku serta penipuan pilihan raya.

Rakyat sebagai penentu masa depan negara, berhak mengetahui keadaan sebenar beserta punca serta menggesa tindakan pantas kerajaan untuk menjelaskan perkara ini.

Sebaliknya, Barisan Nasional tergesa-gesa menubuhkan kerajaan sebelum sebarang penjelasan diberikan dan inilah tindakan yang mendatangkan keraguan dan kekecewaan besar kepada rakyat terbanyak.

AMK Selangor menyeru pembebasan segera mereka ini yang lebih bersifat tahanan politik, dan sewajarnya Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri menjamin hak tahanan dan tidak memperlakukan mereka seperti pesalah, selagi mereka tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Justeru, AMK Selangor menyeru rakyat tidak tunduk dan takut untuk mempersoalkan apa juga keraguan berkaitan dengan proses tatakelola negara, dan sebarang usaha keras oleh Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri serta PDRM hanyalah satu usaha terdesak dan terakhir untuk mengekang kebangkitan rakyat ini. Semangat perjuangan rakyat, baru sahaja dinyalakan.

Azmizam Zaman Huri

Ketua AMK Selangor

Naib Ketua AMK Malaysia

Zahid, adakah rampasan kuasa BN di Perak tindakan demokratik?
Merujuk kenyataan Zahid semalam, kononnya ‘rampasan kuasa tidak demokratik dan perlu terima keputusan PRU’, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan Zahid Hamidi supaya jangan lupa bagaimana dia mempertahankan rampasan kuasa Perak pada Februari 2009.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar terpaksa mengadakan sidang media bawah pokok setelah BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat secara haram pada 2009.

Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?

Mengenai kebangkitan rakyat pasca PRU13, Zahid janganlah bersikap munafik. Zahid tahu dan sengaja memutar belit isu dengan menyebut seolah rampasan kuasa akan berlaku.

Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalan raya tetapi turun kerana pilihan raya 5 Mei lalu penuh penipuan. Kemenangan rakyat pada 5 Mei telah digelapkan maka rakyat keluar menyatakan bantahan untuk menuntut kembali demokrasi yang dicuri.

Telah diumumkan oleh Gagasan #SuaraRakyat505 bahawa tarikh 25 Mei dipilih sebagai acara kemuncak untuk pesta rakyat menuntut demokrasi, manakala lokasi berhimpun adalah di depan Amcorp Mall bermula petang. Gabungan yang disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan j/kuasa tertinggi SPR meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama.

SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. Malah, kononnya SRP direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit.

Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan.

Oleh demikian, semua rakyat diseru untuk bersama pada 25 Mei nanti yang merupakan kemuncak kesinambungan belasan himpunan besar Blackout505, dalam menyatakan protes dan bantahan terhadap kecurangan PRU-13.

SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri jangan ulang kesilapan Hishammuddin Hussein yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.

Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor.

Percayalah, rakyat tetap akan bangkit menuntut demokrasi. Rakyat telah beri peluang, telah bersabar dan beri laluan untuk pilihanraya bersih dan adil.

Malangnya rakyat dikhianat dengan penipuan pilihan raya, kemenangan dirampas dan hak demokrasi bersuara telah ditutup rapat. Rakyat tetap akan bangkit dan kekuatan rakyat tidak mampu dibendung, 25 Mei, Amcorp Mall.

Badrul Hisham Shaharin/CheguBard

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Hentikan penganiayaan politik, bebaskan Adam Adli segera
(Kenyataan bersama pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat)

Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat hari ini bersama untuk mengecam tindakan Barisan Nasional yang menyalahguna kuasa pihak polis dengan melakukan penganiayaan politik (political persecution) ke atas Adam Adli serta menuntut supaya Adam Adli dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat.

Pihak polis pada 18 Mei telah menahan Adam Adli berdasarkan Seksyen 4 dalam Akta Hasutan dan pada hari 19 Mei aktivis mahasiswa tersebut sekali lagi ditahan mengikut Seksyen 124(B) Kanun Keseksaan yang menyabitkan kesalahan terhadap sesiapa yang “menjejaskan demokrasi berparlimen”.

Malah, polis juga telah menggeledah pejabat dan kereta Adam Adli untuk kononnya, mencari bukti kes. Tindakan-tindakan Barisan Nasional berjumlah kepada suatu penindasan terhadap Mahasiswa dan sekali lagi menjadi bahan lawak kepada negara-negara demokrasi di seluruh pelusuk dunia.

Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin hak rakyat Malaysia untuk bersuara, berhimpun serta berpersatuan. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dalam negara ini dan harus dipertahankan oleh setiap rakyat Malaysia.

Tindakan polis yang menangkap Adam Adli tanpa sebarang sebab boleh disifatkan sebagai tidak menghormati hak rakyat Malaysia dalam menggunakanhak-hak perlembagaan mereka. Adam Adli yang berucap dalam ceramah “13 Mei – Hari Bangsa Malaysia, Selamatkan Demokrasi!” hanya memberikan pandangan yang munasabah dan berpatutan dengan menyeru rakyat Malaysia berhimpun untuk memprotes pilihan raya yang kotor.

Seruan beliau tidak melampuai hak-hak yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tidak berunsur hasutan dan tidak mempunyai motif-motif untuk menjejaskan demokrasi berparlimen kerana kebebasan berhimpun adalah hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Akta Hasutan yang digunakan untuk menahan Adam Adli jelasnya melanggari hak asasi manusia dan tidak menghormati prinsip perlembagaan khususnya kebebasan untuk bersuara.

Akta sedemikian patut dihapuskan dan tidak patut disalahgunakan untuk menzalimi rakyat biasa. Kredibiliti Najib sekali lagi dipersoalkan kerana beliau pernah menyarankan untuk menghapuskan akta ini pada tahun 2012. Ini menunjukkan bahawa Najib hanya bersandiwara dan tidak mempunyai niat politik untuk menghapuskan undang-undang yang langsung tidak mematuhi semangat ketertinggian perlembagaan.

Janji Najib bukan sahaja tidak ditepati, malah dimungkiri oleh beliau sendiri juga. Sebenarnya tindakan undang-undang harus diambil terhadap individu yang membakar sentimen perkauman seperti Ibrahim Ali yang kononnya ingin membakar kitab Injil, Zulkifli Noordin yang mencemur penganut Hindu ataupun bekas hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah yang mengeluarkan hujahan orang Cina akan dibalas dendam.

Pihak polis menggunakan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan untuk menahan Adam Adli bahawa beliau telah menjejaskan demokrasi berparlimen. Sesungguhnya Barisan Nasional adalah pihak yang telah menjejaskan demokrasi berparlimen dan bukannya Adam Adli.

Barisan Nasional telah menghapuskan nilai demokrasi di negara ini dan terus memerintah tanpa berasa segan dengan sokongan yang tidak melebihi 50% di seluruh Malaysia. Selama ini kerajaan Barisan Nasional telah menyalahgunakan peraturan mesyuarat parlimen yang berat sebelah untuk menghalang wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada bersuara demi rakyat.

Malah pada tahun 2009, BN telah merampas kerajaan negeri Perak tanpa menghormati kehendak rakyat Perak dan mengangkat Speaker Perak keluar dari dewan undangan negeri secara terang-terangan. Itulah bukti-bukti “menjejaskan demokrasi berparlimen”.

Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat ingin bertanyakan Khairy Jamaluddin, selaku Menteri Belia dan Sukan yang baru mengenai pendiriannya dalam isu ini kerana Khairy pernah menyatakan bahawa  beliau akan memastikan suara orang muda didengari dalam Kabinet.

Mesej yang disampaikan oleh Adam Adli mengenai keputusan pilihan raya yang kotor merupakan suara orang muda yang harus diberikan perhatian oleh kerajaan tanpa berlengah dan tanpa berdalih-dalih lagi. Khairy harus mempertahankan dan membela hak perlembagaan Adam Adli sekiranya beliau memang berniat untuk memenuhi aspirasi anak muda.

Kerajaan BN nampaknya sudah mula bimbang & takut akan ‘tsunami rakyat’ yang menentang keputusan pilihan raya ke-13 yang nyatanya kotor dan tidak adil. BN yang semakin resah dan mula untuk mengambil tindakan keras terhadap rakyat biasa seperti mahasiswa yang hanya menyatakan pandangan & pendirian mereka. BN harus diingatkan bahawa bukan sahaja Adam Adli seorang sahaja yang menentang pilihan raya yang kotor, malah beliau akan disokong oleh rakyat jelata yang menginginkan pilihan raya yang bersih dan adil.

Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat menyeru supaya BN menghentikan segala taktik dan tindakan kotor yang menindas rakyat dan membebaskan Adam Adli yang hanya melaksanakan haknya untuk bersuara. BN diingatkan untuk menepati janjinya dengan menghapuskan Akta Hasutan & kesemua akta zalim yg sedia ada. Hak perlembagaan rakyat harus dibela dan bukannya dizalimi.

Gelombang hitam yang membanjiri sewaktu Himpunan Suara Keramat yang diadakan di seluruh negara telah membuktikan rakyat telah bangkit untuk menolak BN yang memenangi pilihan raya dengan cara yang kotor dan menjijikkan. Selagi pilihan raya yang bersih dan adil tidak dikembalikan kepada rakyat, maka lebih banyak Adam Adli akan bangkit dan lawan tetap lawan demi negara Malaysia!

Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (Ahli Parlimen Temerloh)

Ketua Pemuda Sosialis DAP

Teo Kok Seong (Ahli Parlimen Rasah)

Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ahli Parlimen Bukit Katil)

Pesta Rakyat tuntut kembalikan demokrasi 505, Sabtu 25 Mei
HAMPIR 50 pertubuhan bukan kerajaan (non-government organization) telah mengambil ketetapan bagi penubuhan sebuah gabungan yang mewakili suara seluruh rakyat Malaysia yang membantah penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei yang lalu.

Gabungan NGO-NGO ini dinamakan sebagai “Suara Rakyat 505” sebagai wadah perjuangan bagi membangkitkan segala isu yang berlaku dalam PRU13 lalu. Dipercayai lebih banyak NGO akan menyertai gabungan ini.

Rakyat telah memberi amaran sebelum bermula kempen PRU13 yang lalu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu bersikap telus dan adil dalam menguruskan pilihanraya Malaysia.

Rakyat telah memberi peluang kepada SPR sebagai badan yang bertanggungjawab mengurus pilihanraya secara bersih dan berintergriti, kerana ketika itu rakyat masih yakin pilihanraya adalah saki-baki demokrasi untuk membuat perubahan (pertukaran kerajaan).

Pelbagai tuntutan telah dibuat oleh rakyat termasuk melalui siri-siri himpunan bagi memastikan pilihanraya Malaysia berjalan dengan adil dan saksama tanpa ada unsur manipulasi dan penipuan. Namun akhirnya PRU13 menjadi medan penipuan paling besar yang menafikan kemenangan rakyat. Lebih malang, ia dibantu SPR.

SPR dengan jelas telah diperalat oleh pemerintah apabila bertindak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempertahan kemenangan pemerintah terdahulu walaupun ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan SPR adalah sebuah badan bebas dalam keabsahan kerajaan belum lagi mengambil tempat.

Seruan SPR supaya pihak yang kalah hanya akur kepada keputusan yang telah diumumkan walaupun bukti penyelewengan PRU13 sudah semakin jelas dan semakin banyak bukti terkumpul melalui proses semakan akhir sebelum dibuat bantahan termasuk petisyen ke mahkamah.

Ini menggambarkan sikap kontra dan tidak profesional SPR yang sepatutnya menerima segala aduan dan bukti daripada calon dan parti yang bertanding.

Atas faktor tersebut, kami tegaskan bahawa “Suara Rakyat 505″ mengambil pendirian bersama bagi menyatakan dan menjulang hasrat rakyat terhadap perjalanan dan proses pilihan raya dalam sistem demokrasi di Malaysia yang bersih dan adil.

Kami telah bersepakat untuk mengadakan sebuah pesta himpunan rakyat besar-besaran untuk merampas kembali demokrasi rakyat  Malaysia yang telah dicuri dalam PRU-13, berteraskan TIGA tuntutan utama berikut;

1. SPR letak jawatan

Mendesak supaya Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) keseluruhannya meletakkan jawatan serta-merta disebabkan kegagalan dalam menguruskan pilihanraya ke-13 secara telus dan menyerahkan pemilihan SPR yang baharu kepada kuasa Parlimen melalui persetujuan rakyat secara majoriti, Pembubaran SPR yang cuma bertaraf kakitangan dibawah Jabatan Perdana menteri akan memberi ruang membentuk SPR yang lebih bebas dan berintegriti yang diletakkan dibawah parlimen malaysia dan dipilih keanggotaannya melalui proses pendengaran awam agar anggota yang dipilih benar-benar dari kalangan yang diyakini rakyat.

2. Pilihanraya semula di kawasan yang terbukti kecurangan pilihanraya.

Mendesak supaya diadakan pilihanraya semula di kawasan yang terbukti wujudnya penipuan tanpa mengira logo parti sama ada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.

3. Sokong Tribunal Rakyat

Menyokong sepenuhnya penubuhan Tribunal Rakyat sepertimana yang dituntut oleh Gabungan BERSIH bagi mendedahkan segala bukti-bukti dan penyiasatan terhadap PRU13 kepada umum. Menggesa semua agensi dalam negara agar memberikan kerjasama penuh terhadap tribunal ini.

Gabungan Suara Rakyat 505 kali ini berharap agar sistem demokrasi Malaysia diserahkan kembali kepada rakyat secara keseluruhannya memandangkan berlakunya salahguna kuasa oleh badan yang bertanggungjawab sebelum ini.

Justeru “Suara Rakyat 505″ sebulat suara menggerakkan ‘HIMPUNAN BANTAH PENIPUAN PRU13’ secara besar-besaran bagi menyuarakan perkara ini dan memilih 25 Mei 2013 (Sabtu) sebagai tarikh himpunan. Kami menjemput rakyat seluruh negara untuk turun ke Kuala Lumpur berpakaian HITAM dengan tema; Duduk dan Bantah sehinggalah tuntutan rakyat dipenuhi.

Himpunan mega kali ini akan bermula petang dan berpusat di Padang berdepan dengan Amcorp Mall.

Pihak pemerintah telah mengatakan himpunan ini adalah berupa ‘Arab Spring’ dan telah menyebut ia sebagai ‘Malaysian Spring’, namun kami Suara Rakyat 505 tetap menegaskan tiada agenda ‘Malaysia Spring’ atau rampasan kerajaan akan berlaku. Sebaliknya, rakyat harus bangkit mencari kembali demokrasi yang telah digelapkan pada pilihanraya 5 Mei lalu.

Gabungan Suara Rakyat 505 menyeru pendokong-pendokong prinsip keadilan dan seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama turun bersolidariti bagi menyatakan kebersamaan terhadap tuntutan rakyat kali ini tanpa mengira perbezaan latar belakang bangsa, agama mahupun pegangan politik masing-masing. Hasrat rakyat terbesar adalah melawan segala bentuk penipuan yang telah mencemarkan sistem demokrasi di Malaysia tercinta!

Gabungan #SuaraRakyat505

Yang dianggotai oleh NGO:

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

3. Tindak Malaysia

4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)

6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)

7. Gabungan Menuntut Royalti ®

8. Asalkan Bukan Umno (ABU)

9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)

12. Kill The Bill

13. Malaysian For Beng Hock

14. Mama Bersih

15. Kelab Bangsar Utama

16. Radio Bangsar Utama (RABU)

17. Mahasiswa Keadilan Malaysia

18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)

19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)

20. Indipendent Student Front (INSTEF)

21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY)

22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

23. Gabungan NGO Pengerang

24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB)

25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)

26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)

27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)

29. Angkatan Rakyat Muda (ARM)

30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

31. Unit Ehsan Malaysia

32. Anwar Ibrahim Club (AIC)

33. Agent of Change (AoC)

34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)

35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U)

36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)

37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)

38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)

39. Gabungan NGO Kelantan

40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)

41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)

42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)

43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)

44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu)

45. Selamatkan Teluk Rubiah

46. Selamatkan Pantai Port Dickson

47. Selamatkan Pasar Payang

48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)

49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)‪

50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)‪

51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)‪

52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)

53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)

Desak Menteri Belia ambil tindakan serangan Pemuda Umno di demo pro-Adam
ANGKATAN Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor menyelar kejadian serangan yang dilakukan oleh hampir 10 orang yang dipercayai anggota Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan sekutu mereka ketika acara himpunan ‘candle light vigil’ untuk menyatakan rasa solidariti kepada aktivis Adam Adli di Pulau Pinang malam tadi.

Tindakan menyerang masyarakat prihatin yang hadir menyokong pembebasan saudara Adam Adli adalah samseng, keterlaluan dan tidak ubah seperti binatang yang bertindak tanpa akal rasional. Kejadian ini sekaligus membuktikan bahawa budaya politik samseng sudah mengakar dalam Pemuda Umno.

AMK Selangor cukup yakin kejadian ini tidak akan mendapat perhatian pihak polis yang akan terus menjadi aparat pemerintah untuk mempertahankan kekuasaan mereka.

Justeru kita menggesa Pergerakan Pemuda Umno yang dipimpin saudara Khairy Jamaluddin segera mengambil tindakan yang tegas terhadap anggota Pemuda yang terlibat dalam kejadian malam tadi.

Tambah pula, sebagai Menteri Belia, beliau wajar memastikan golongan belia khususnya dalam Pemuda Umno melaksanakan agenda membanteras tindakan samseng yang kini mengakar dalam Pemuda Umno.

Harapan kita, budaya politik baru yang menolak asas gangsterisme menjadi asas kepada pembentukan lanskap politik yang lebih baik.

Semoga budaya politik samseng menjadi cemuhan masyarakat dan tidak diwariskan kepada mana-mana organisasi kepemudaan di Malaysia.

Hamsah Djabir

Timbalan Ketua AMK Selangor

Tangkap, dakwa Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR isu penipuan dakwat kekal
Jingga 13 mendesak Ketua Polis Negara yang baru agar menangkap dan mendakwa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas jenayah yang tidak boleh dimaafkan iaitu menipu rakyat Malaysia di atas kes DAKWAT KEKAL yang TIDAK KEKAL.

Pelbagai laporan polis dibuat terhadap kes tersebut ternyata sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang juga turut melibatkan jutaan Ringgit Malaysia wang rakyat.

Alasan kononnya petugas SPR yang tidak “menggoncangkan” botol dakwat pada proses pengundian awal anggota tentera pada 30 April 2013 adalah satu penipuan dan pembohongan kerana pengundian berlaku pada 5 Mei 2013 juga masih berlaku kes yang sama!

Ternyata dakwat yang dibeli oleh pihak SPR adalah tidak berkualiti dan tidak kekal sepertimana yang diwar-warkan oleh SPR. Adakah wujud komisyen daripada pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut sehingga dipertahankannya sedemikian rupa sedangkan ternyata tidak berkualiti dan merugikan wang rakyat??

Jingga 13 mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dilakukan terhadap pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut. Tangkapan dan pendakwaan wajar dibuat terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR oleh pihak polis kerana terhadap banyak laporan polis berkaitan isu tersebut.

Tindakan dengan PANTAS terhadap beberapa blogger Milosuam, King Jason dan terbaru terhadap Aktivis Mahasiswa Adam Adli menunjukkan dwi-standard Ketua Polis Negara baru begitu tunduk dengan sang penguasa dengan menggunakan undang-undang tetapi bersikap berbeda terhadap mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN seperti SPR sedangkan jutaan RM wang rakyat dibazirkan begitu sahaja dari tindakan penipuan mereka.

Fariz Musa

Ketua Koordinator

Jingga 13 Malaysia

Selangor seru kerajaan Pusat utama penstrukturan air
Kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang mengakui bekalan air bersih tidak mencukupi mengesahkan kenyataan awal kerajaan Selangor sebelum ini bahawa keutamaan perlu diberikan kepada bekalan air terawat bukan air mentah.

Kekurangan bekalan air terawat adalah kerana kelemahan penyelenggaraan loji-loji rawatan air, keadaan paip air yang kurang memuaskan serta kegagalan SYABAS mengadakan sistem logistik yang berkesan dalam menyalurkan air kepada pengguna.

Ini ditambah dengan kegagalan SYABAS menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada 33 peratus kepada 15 peratus pada 2012 seperti yang dipersetujui dalam perjanjian perswastaan.

Ia juga merupakan sebab yang sama mengapa Langat 2 bukan penyelesaian kepada masalah air. Penyelesaian yang lebih berkesan adalah dengan memastikan operator air cekap dan berkesan.

Kerajaan Selangor menyeru Kerajaan Pusat supaya memberi keutamaan kepada menyelesaikan penstrukturan semula industri air bagi membolehkan kerajaan negeri memulihkan keadaan perkhidmatan pembekalan air yang tidak terurus sepanjang di bawah SYABAS.

YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Dato’ Menteri Besar Selangor

Penangkapan Adam Adli cetus kebangkitan anak muda
Ekoran penahanan Adam Adli, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan memastikan kebangkitan anak muda berada di kemuncaknya. SAMM menyifatkan penangkapan Adam sebagai pencetus terbaik memandangkan mood rakyat yang marah dengan penafian demokrasi melampau oleh kerajaan pemerintah.

Ucapan berapi Adam Adli di pentas anjuran SAMM dan SMM 13 Mei lalu telah membawa kepada penahanan beliau semalam di Bangsar Utama. Adam Adli telah dibawa ke Balai Polis Jinjang atas dakwaan akta hasutan dan kemudian disumbat ke dalam lokap di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang.

SAMM bersama hampir 100 aktivis rakyat telah berkumpul dan menunjukkan solidariti terhadap Adam Adli di hadapan lokap yang dihuni oleh beliau sepanjang malam tadi.

Hari ini, pihak polis dengan pantas mendapatkan perintah reman ke atas Adam Adli selama 5 hari. Ini satu penindasan terhadap anak muda yang bersuara bagi pihak rakyat majoriti.

Kemarahan Adam terhadap penipuan PRU-13 telah mempengaruhi ucapan beliau untuk menyeru orang ramai menyuarakan bantahan secara aman di jalanraya. Seruan Adam Adli telah disambut dengan gegak gempita oleh hampir 3 ribu hadirin di KLSCAH yang juga didengari oleh 250 ribu pendengar radio secara live.

Telah berulang kali diungkap dalam kenyataan SAMM sebelum ini bahawa ucapan berbaur perkauman dan kebencian antara agama yang dilontar oleh proksi Umno tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun ratusan laporan polis dibuat. Malah pemimpin Umno, proksi Umno dan pemimpin mesra BN ini juga telah dilindungi dan kebal dari hukuman, menjelaskan lagi betapa negara ini mempunyai dua set undang-undang.

SAMM juga membidas sikap sombong bongkak Menteri Dalam Negeri yang baru apabila memilih untuk mula berkasar terhadap rakyat. Sedangkan ucapan Zahid Hamidi sendiri harus mengundang hasutan apabila mengarahkan rakyat meninggalkan negara ini sekiranya tidak setuju dengan ‘demokrasi yang mati’.

SAMM yakin dan percaya walaupun Adam Adli ditangkap, ia tidak langsung melemahkan gerakan yang diseru oleh Adam Adli iaitu gerakan ke jalan raya, malah tindakan ala-penjajah pihak KDN ini pasti memacu jutaan rakyat untuk hadir ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Makin kamu menekan rakyat, makin menggunung keberanian rakyat.

SAMM memberi peringatan kepada regim, majoriti rakyat mahukan kerajaan yang baru tetapi malang bagi negara ini apabila kemenangan rakyat dicuri atas nama demokrasi palsu.

Tiba masanya rakyat bangkit untuk tidak menunggu lima tahun lagi, kerana penantian 55 tahun itu sudah terlalu lama, inilah masanya kebangkitan rakyat.

Suara Rakyat Suara Keramat!! Kamu tangkap Adam Adli, akan lahir seribu lagi Adam Adli yang membuat seruan yang sama – Jalan raya.

Che’GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia