KeadilanDaily.com » NASIONAL

Aktivis mahasiswa Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan
KUALA LUMPUR 18 MEI : Aktivis mahasiswa Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 4(1)c Akta Hasutan di Bangsar Utama, hari ini.

Menulis di twitternya petang ini, Adam memaklumkan beliau kini berada di Balai Polis Jinjang.

Menurut seorang saksi mata, Adam ditahan oleh lebih 10 anggota polis berpakaian biasa di hadapan sebuah kedai runcit di Bangsar Utama.

Beliau kemudiannya dibawa dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 3.30 petang.

Adam dipercayai ditahan berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.

Sementara itu, beberapa kumpulan aktivis hak asasi dan mahasiswa merancang untuk mengadakan nyalaan lilin di hadapan Balai Polis Jinjang jam 8 malam ini.

Kumpulan itu turut menggunakan hashtag #BebaskanAdamAdli di laman twitter untuk memberi tekanan kepada pihak polis segera membebaskan aktivis mahasiswa tersebut.

Siaran langsung himpunan ‘Black 505′ dari Seremban
SEREMBAN 17 MEI: Program Blackout 505, ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ peringkat Negeri Sembilan akan diadakan di Pusat Komersil Oakland, Seremban, Negeri Sembilan.

Mereka yang tinggal di sekitar bandar Seremban digalakkan hadir beramai-ramai dan memakai pakaian hitam, simbolik kematian demokrasi di negara ini.

Manakala kepada yang tidak dapat hadir, boleh mengikuti siaran langsung melalui rangkaian internet. Sila klik pautan ini.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan pidato kepada rakyat Negeri Sembilan malam ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas, ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, ahli parlimen Seremban, Anthony Loke, Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop.

Himpunan ‘Black 505′ peringkat Negeri Sembilan malam ini adalah yang keenam dalam siri jelajah penerangan penipuan pilihan raya selepas himpunan di Kelana Jaya yang pertama pada 8 Mei.

Himpunan ‘Black 505′ yang diadakan di Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Johor sebelum ini mencatat kehadiran ratusan ribu hadirin.

Semakan dapati kajian sokong ‘Anwar bersara’ palsu
KUALA LUMPUR 17 MEI: Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.

Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya, Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei lalu.

Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.

“Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge.

Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers.

Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya sama ada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan Pakatan itu untuk memenangi pilihan raya 5 Mei lalu.

81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara. – Harakah Daily

Hutang negara RM500b, Najib tak layak pegang Menteri Kewangan
(Oleh Ruqayya Rahman)

KUALA LUMPUR 16 MEI: Rekod buruk Najib Razak selama memegang portfolio Menteri Kewangan cukup menjadi kayu ukur Perdana Menteri itu tidak lagi layak meneruskan jawatan tersebut, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau mengulas pengekalan jawatan Menteri Kewangan yang disandang Najib dalam pengumuman senarai Menteri Kabinet semalam.

“Berdasarkan rekod kewangan semasa, beliau boleh dikategorikan Menteri Kewangan gred ‘F’ kerana gagal membawa transformasi ekonomi seperti yang dicanang.

“Berbanding lima Perdana Menteri sebelum ini, Najib adalah Perdana Menteri paling boros dan banyak menghabiskan duit negara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Sebelum ini, format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan oleh Tun Abdullah Badawi dan disambung Najib.

Saifuddin berkata, rekod ‘terbaik’ yang dicatat Najib adalah menambah jumlah hutang negara sehingga lebih RM500 bilion sebelum diambil alih dari Abdullah sebanyak RM250 bilion pada 2009.

“Satu-satunya ‘kejayaan’ Najib selama memegang jawatan Menteri Kewangan apabila hutang negara melonjak sehingga RM500 bilion.

“Pertambahan sebanyak lebih RM200 bilion dalam masa empat tahun merupakan jumlah yang amat membimbangkan. Rakyat terpaksa menangung hutang sementara menunggu pilihan raya lima tahun akan datang,” kata Saifuddin.

Katanya, tindakan Najib menamakan dirinya sebagai Menteri Kewangan kerana beliau bimbang kehilangan pengaruh di kalangan Menteri Barisan Nasional.

“Najib adalah Presiden Umno yang meletakkan Umno dalam posisi terburuk sepanjang sejarah pilihan raya. Jika Najib kehilangan pengaruh dalam aliran kewangan negara, bermakna beliau akan hilang pengaruh total di kalangan Menteri BN.

“Itu yang lebih dibimbangi Najib berbanding kedudukan negara yang semakin hampir ke tahap bankrap,” kesalnya.

Saifuddin juga bimbang jika negara bankrap di bawah pentadbiran Najib menyebabkan rakyat terpaksa menanggung bebanan malah pelbagai masalah lain akan timbul termasuk pertambahan kadar jenayah dan gejala sosial.

Sebelum ini, rekod kewangan negara menunjukkan kedudukan hutang negara berada pada tahap lebih RM547.79 bilion atau lebih 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu.

Himpunan Black505 gempur N Sembilan, Kedah, T’ganu & Melaka
(Kenyataan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Pandan)

Gelombang #Black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihan raya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

#Black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Tarikh-tarikh bagi #Black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:

21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah

23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu

24 Mei 2013 (Jumaat) – Melaka

Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh KEADILAN.

Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.

Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #Black505 ini.

Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).

Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #Black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Datuk Seri Najib Razak.

Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan.

Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #Black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihan raya dan sokongan kepada reformasi pilihan raya yang perlu diadakan segera.

Rakyat tidak mahu Anwar bersara, keputusan bancian tidak tepat
(Kenyataan N Surendran, Naib Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Padang Serai)

Saya merujuk kepada keputusan bancian yang dikeluarkan pada 16 Mei 2013 yang mendapati bahawa 81% rakyat Malaysia mahu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.

Keputusan bancian tersebut sangat tidak tepat memandangkan sokongan padu yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim di seluruh negara sejak beliau mengumumkan tidak akan menerima keputusan PRU 13 yang penuh penipuan dan akan terus berjuang menawan Putrajaya.

Sokongan ini dapat dilihat dengan kehadiran ratusan ribu rakyat Malaysia menyambut Anwar di himpunan yang sedang berjalan di seluruh negara.

Di media sosial, di himpunan awam dan jalanan, majoriti rakyat bersatu mahukan Anwar berjuang hingga selesai.

Anwar dan Pakatan Rakyat meraih 52% undi popular dan BN 47% walaupun dengan persempadanan semula, penipuan dan amalan berat sebelah dalam proses pilihan raya.

Ini bermakna majoriti rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan, dan Anwar sebagai Perdana Menteri. Anwar walaubagaimanapun akan meneruskan tugas sebagai ketua Pakatan Rakyat sehingga kemenangan dicapai dan kehendak rakyat sangat memberi kesan.

Ia akan menjadi satu beban besar jika Anwar bersara dari politik di saat-saat getir sejarah negara. Situasinya mungkin berlainan jika Barisan Nasional memenangi PRU 13 dengan adil dan dalam situasi tersebut Anwar mungkin akan meneruskan niat beliau untuk bersara dari politik.

Tanpa kira apa yang bakal berlaku pada masa depan, Anwar telah mendapat tempat yang sangat besar dalam sejarah kita dan dalam hati kebanyakan rakyat Malaysia; perjalanan perjuangan politik yang panjang menyebabkan wujudnya sistem dua-parti yang sangat efektif kepada negara, dan membawa demokrasi yang matang kepada Malaysia.

Masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. BN tidak dapat dibantu lagi, tidak dapat diperbaharui; dan demi kebaikan negara ini, mereka perlu diberhentikan dari kuasa. Rakyat tahu tentang ini dan ini adalah sebab mengapa mereka akan terus menyokong perjuangan Anwar untuk demokrasi dan keadilan di Malaysia.

Kabinet baru Najib tiada transformasi, ditakuk lama
(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 15 MEI: Barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya mengekalkan budaya lama Umno dan tiada transformasi, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Katanya, kebanyakan barisan menteri yang dipilih Najib di kalangan mereka yang tidak akan membawa pembaharuan kepada sistem kerajaan.

“Kebanyakan mereka adalah orang lama yang tidak akan membuat pembaharuan kepada sistem sedia ada.

“Pemilihan ini tidak ada transformasi dan bukan ‘Kabinet seimbang’ seperti yang dikatakan Najib,” kata Tian kepada Keadilan Daily.

Menurutnya, dengan barisan kabinet tersebut, dasar kerajaan akan berada di takuk lama dan setiap jabatan pula diketuai orang Umno yang sememangnya berkuasa.

“Langsung tak nampak apa yang dikatakan (Najib) sebagai seimbang. Dasar kerajaan tetap sama kerana setiap jabatan kerajaan masih diketuai orang Umno yang sudah lama dan sememangnya berkuasa,” bidas Ahli Parlimen Batu itu.

Najib mengumumkan barisan kabinetnya secara langsung melalui TV jam 5 petang tadi dengan menyenaraikan 30 jawatan menteri dan 27 timbalan.

Kementerian Kewangan tetap diterajui Najib, begitu juga Tan Sri Muhyiddin Yasin yang masih mengetuai Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Kementerian Pertahanan diketuai Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bertukar dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kini menerajui Kementerian Dalam Negeri.

Datuk Seri Anifah Aman kekal sebagai Menteri Luar Negeri, begitu juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang masih dipegang Datuk Shafie Apdal.

Turut menjadi perhatian, pelantikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan serta, pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, tiada seorang pun pemimpin MCA dan Gerakan dimasukkan dalam kabinet yang diumumkan Najib.

Berikut senarai penuh Kabinet Najib yang baru:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Najib Razak

Timbalan PM dan Pelajaran: Tan Sri Muhyiddin Yasin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datuk Seri Jamil Khir Bahrom

Datuk Idris Jala

Datuk Ahmad Maslan

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Datuk Joseph Kurup

Nancy Shukri

Joseph Entulu

Paul Low Seng Kuan

Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

P Waythamoorthy

Datuk Razali Ibrahim

Menteri Kewangan II: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Pelajaran II: Datuk Seri Idris Jusoh

Dalam Negeri: Datuk Seri  Ahmad Zahid Hamidi

Pertahanan: Datuk Seri Hishamudin Husein

Pengangkutan: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pemangku)

Pelancongan: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz

Luar Negara: Datuk Seri Anifah Aman

Kerjaraya: Fadilah Yusof

Kesihatan: Dr S Subramaniam

Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin

Sumber Manusia: Richard Riot

Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi: Hassan Malik

Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamad

Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Sains, Teknologi dan Inovasi: Ewon Ebin

Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk G Palanieval

Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Maximus Ongkili

Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Shafie Apdal

Industri Pertanian dan Komoditi: Douglas Uggah Embas

Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar: Abdul Rahman Dahlan

Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat: Rohani Abdul Karim

Komunikasi dan Multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Himpunan Pakatan Rakyat aman, tiada kekerasan – Anwar
(Oleh Arif Juhani)

PETALING JAYA 15 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat tidak terlibat dan menolak sebarang penganjuran himpunan yang menggunakan kekerasan bagi menumbangkan kerajaan.

“Pakatan hanya menyertai perhimpunan aman sahaja,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Beliau menjawab soalan wartawan mengenai rancangan sekumpulan aktivis untuk menghimpunkan sejuta rakyat Sabtu ini kononnya didakwa untuk menumbangkan kerajaan susulan penipuan dalam pilihan raya lalu.

Anwar menjelaskan, cadangan itu tidak pernah dikemukakan kepada parti dalam Pakatan Rakyat.

“Perkara ini tidak pernah dikemukakan pada kami dan tidak pernah dibincangkan oleh Pakatan Rakyat,” katanya.

Tegas Anwar lagi, penyertaan Pakatan hanya terhad kepada perhimpunan aman yang dianjurkan Pakatan dan juga NGO berkaitan.

KPN baru kena adil, pulihkan profesionalisme polis – Anwar
(Oleh Mohd Arif Juhani)

PETALING JAYA 15 MEI: Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baru berkuatkuasa Jumaat ini perlu bersikap adil dan bertanggungjawab untuk mengangkat tahap profesionalisme ke tahap lebih baik.

Ini dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat tengahari tadi.

“Pakatan berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Khalid bagi mengeratkan lagi hubungan antara polis dan Pakatan dalam usaha untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Ujarnya, Khalid juga perlu bertindak adil terhadap semua pihak agar tidak dinilai rakyat sebagai cenderung untuk menekan pihak lain khususnya pembangkang.

Turut dilantik Datuk Seri Mohd Bakri Zinin sebagai Timbalan KPN.

Khalid, 56, merupakan Timbalan KPN menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang akan tamat tempoh pelantikan secara kontrak esok.

Mohd Bakri, 59, merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli mahu Khalid menjadikan isu perkauman sebagai ujian pertama.

“Konflik ini bermula dengan kenyataan Najib yang menggunakan istilah ‘Tsunami Cina’ selepas PRU 13.

“Akhirnya, masalah ini semakin tidak terkawal seperti mencurah minyak ke dalam api malah cuba menjadikan Pakatan dan bangsa Cina kambing hitam atas kegagalan mereka menguasai majoriti dua pertiga dan merampas Selangor,” ujar Ahli Parlimen Kuala Krai itu.

Dalam isu sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mengecam akhbar kawalan Umno, Berita Harian kerana memanipulasi kenyataannya dalam sebuah ceramah di Ipoh seolah-olah beliau menggelarkan Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘syaitan’.

“Pengarang akhbar ini kurang ajar, tiada etika kewartawanan dan merosakkan keharmonian rakyat dengan menyiarkan berita fitnah seperti ini.

“Walhal kenyataan saya itu menggunakan analogi yang digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu ‘Better the devil you know than you don’t', (lebih  baik syaitan yang dikenali berbanding yang tidak dikenali) bukan bermaksud saya panggil Najib sebagai ‘syaitan’,” tempelak Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Pakatan mahu teliti persempadanan semula SPR, kemuka proposal lebih adil
(Oleh Ruqayya Rahman)

KUANTAN 15 MEI: Pakatan Rakyat akan membuat penelitian terhadap persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengeluarkan proposal berkenaan perkara itu, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Prof Mohd Redzuan Othman yang menjangkakan persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan lewat tahun ini.

Pensyarah itu turut menjangkakan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya akan menghimpunkan pengundi Cina dalam kawasan berasingan bagi mengurangkan kesan yang dinamakan “tsunami Cina”.

Fuziah bagaimanapun menegaskan, Umno BN tidak akan dapat mempengaruhi proses persempadanan dengan sewenang-wenangnya kerana mereka gagal memperoleh kuasa dua pertiga Parlimen bagi melayakkan BN membuat keputusan persempadanan dengan mudah.

“Umno BN sebelum ini menunjukkan rekod buruk mereka yang menggunakan persempadanan semula untuk menang secara kotor.

“Contohnya di Pekan pada 1999, Datuk Seri Najib Razak hanya menang majoriti 240 undi sahaja walaupun di kawasan majoriti Melayu. Atas sebab itu, pada 2004, persempadanan semula melibatkan undi dari Kem Batu 10 ditarik ke Parlimen Pekan.

“Itu contoh popular kerana melibatkan kawasan Perdana Menteri. Masih banyak lagi di beberapa kawasan lain yang kita kenal pasti, namun kali ini kita takkan biarkan SPR dipergunakan lagi,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu.

“Kita akan lawan dan Pakatan akan keluarkan proposal persempadanan yang lebih adil dan tidak melibatkan kepentingan politik, sebaliknya bersesuaian bagi menyatakan suara majoriti penduduk tempatan,” kata Fuziah kepada Keadilan Daily.

Walaupun secara teknikal Pakatan kehilangan satu negeri dalam PRU 13, namun Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen sekaligus menafikan hak BN untuk berkuasa penuh membuat keputusan melibatkan hak dan

kepentingan rakyat.

BN juga gagal memenangi dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri yang mereka menangi seperti Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan, menyebabkan parti itu tidak boleh mendahului Pakatan dalam urusan pentadbiran termasuk urusan persempadanan semula.