
Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap turun padang untuk meninjau sendiri keadaan mangsa banjir di Kelantan walaupun 3 Disember hari ini adalah ulang tahun kelahirannya yang ke-67. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tiba pada 10 pagi di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, Rantau Panjang […]

Ibu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar petang tadi. Setiausaha Akhbar kepada Saifuddin, Hisommudin Bakar berkata Che Gayah Hassan, 74, meninggal dunia pada pukul 6.05 petang kerana sakit tua selepas seminggu dirawat di hospital berkenaan. “Jenazah akan dikebumikan di Tanah […]

Orang Kurang Upaya (OKU) dan seorang pengiring akan menikmati tambang percuma bagi kemudahan perkhidmatan pengangkutan kendalian Prasarana Malaysia Bhd pada Sabtu (7 Disember) dan Ahad (8 Disember) ini sempena sambutan Hari OKU Kebangsaan 2019. Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tambang percuma itu akan melibatkan perkhidmatan MRT, monorel dan LRT. Beliau mengumumkan […]

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim berpemdapat isu abu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng tidak perlu diperbesar-besarkan. Menurutnya, jika disorot sejarah negara juga, Malaysia sendiri sudah menandatangani perjanjian damai dengan PKM. “Saya ini ambil pendirian yang lebih lunak maknanya tahu sejarah, tahu masalah kekejaman, tahu perlawanan, tahu sensitiviti dan perasaan tentera dan polis tetapi […]

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kemungkinan pengharaman rokok elektronik yang dikenali sebagai vape. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata penggunaan vape masih berbahaya seperti rokok tembakau kerana 90 peratus kandungannya adalah nikotin. “Oleh itu kita perlu juga menjaga golongan tidak merokok yang tidak mahu terdedah kepada asap rokok sekunder,” katanya memetik laporan […]

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan untuk mempercepatkan proses pemodenan bekalan makanan negara menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). Menurutnya, langkah itu akan dilaksanakan menerusi Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) dari 2021 hingga 2030. “DAN 2.0 akan melaksanakan pelbagai inisiatif dan hala tuju baharu dalam tempoh 10 […]

Kongres Nasional KEADILAN yang ke-14 dengan tema Sambutan Dua Dekad Merakyatkan Reformasi akan berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 5 hingga 8 Disember 2019 depan. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil mengumumkan perkara tersebut pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN pagi ini. Menurutnya, kongres itu akan bermula dengan perasmian Kongres Wanita KEADILAN pada […]

Keluarga yang mempunyai ramai anak akan mendapat kelonggaran dalam pelaksanaan peraturan yang mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS), kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamarudin Jaffar. Menurutnya, Putrajaya sedia maklum bahawa pemasangan kerusi itu membabitkan kos yang tinggi. “Berkaitan isu anak ramai dan tempat duduk yang mungkin tidak boleh memuatkan empat hingga lima kerusi keselamatan kanak-kanak, khususnya […]

Ibu bapa dan penjaga perlu mengenali perubahan corak pertumbuhan anak mereka kerana pertumbuhan merupakan petunjuk penting kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kanak-kanak, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye. Beliau berkata, mereka perlu bekerjasama dengan para profesional penjagaan kesihatan untuk memastikan kanak-kanak yang terjejas akibat gangguan pertumbuhan akan diberi peluang terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan. […]

Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) memohon maaf berhubung ketiadaan mereka semasa usul untuk melantik pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka sebagai senator diajukan pada sidang DUN. Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan pertemuan antara Pengerusi MPN Melaka, Halim Bachik dengan dua exco negeri, Ginie Lim dan Jailani Khamis, di pejabatnya di […]