Category archives for: RENCANA

Mahathir dahulu dan Mahathir kini

syed-shah

Ketika era kebangkitan rakyat zaman Reformasi 1998 saya baru berusia 14 tahun. Kebangkitan ini bermula apabila Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak memecat Timbalan Perdana Menteri yang juga anak didiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segala macam tuduhan jahat dan fitnah. Mungkin saya sedikit bertuah walaupun berusia muda dan masih di bangku […]

Umno BN lemah atasi masalah graduan menganggur

Akmal

Realitinya, ramai graduan yang menganggur untuk tempoh masa yang panjang. Peluang pekerjaan yang semakin menguncup disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa menyebabkan syarikat-syarikat dan organisasi mengurangkan pengambilan pekerjaan. Sekiranya fenomena seperti ini dibiarkan berlaku tanpa penyelesaian, maka dalam tempoh lima tahun akan datang akan menyaksikan begitu ramai lambakan graduan akan terus menganggur tanpa diberi kesempatan untuk menimba pengalaman di alam kerjaya mereka.

Perang serang menyerang

hishamuddin-rais

Pada ketika ini ada persekongkolan antara lembaga-lembaga daulah yang dapat menutup kes perang di Iraq, di Afghanistan dan di Syria. Ini sama seperti Najib dan Rosmah berjaya menjadi kebal kerana PDRM, Peguam Negara, Hakim Negara, SPRM dan pemilik media – semuanya lantikan daripada pilihan Najib dan Rosmah.

Siapa yang sabotaj ekonomi?

_mg_3813

Amatlah jelas bahawa Datuk Seri Najib wajib memikul tanggungjawab dengan kemerosotan nilai Ringgit, yang membawa kesan langsung kepada rakyat akibat kenaikan harga barang dan inflasi. Kepincangan pengurusan ekonomi dan kewangan beliau ditambah dengan skandal 1MDB jelas meningkatkan derita rakyat. Mungkin inilah yang lebih tepat dikaitkan dengan sabotaj ekonomi.

Jutaan ringgit buat kaum India, tawaran lapuk Umno BN berulang

Syed_Ibrahim_Mafrel

Sebab itu walaupun Datuk Seri Najib menafikan Pelan Induk Masyarakat India tersebut bukan satu lakonan atau retorik politik dan ia terkandung dalam pengumuman Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sejak 2015, namun hakikatnya ia tidak boleh dielak daripada ditafsir sebagai umpan pilihan raya. Mengapakah parti pemerintah mengambil masa selama hampir dua tahun untuk mengumumkannya? Mengapa tunggu hingga dekat dengan tempoh tamat penggal pemerintahan iaitu 2018 (PRU 14) untuk umumkan?

PRU 14: Ramalan bulan Mei, Pakatan Harapan sedia kejutan

pakatan-harapan-bersatu-1

Dua petanda besar itu membuat ranumnya teori PRU akan diadakan dalam masa terdekat, atau paling jauh selepas Sukan SEA di Kuala Lumpur pada Ogos ini. Teori yang semakin kerap berlegar dalam kalangan penggamat politik adalah pembubaran parlimen mungkin akan berlaku pada hari Jumaat dalam bulan April. PRU pula akan diadakan pada awal Mei. Iaitu tarikh yang hampir sama seperti PRU 13 lalu.

Kemajuan Najib atau kemajuan rakyat?

Syed_Ibrahim_Mafrel

Negara terjejas akibat krisis kepimpinan kleptokrasi di bawah Datuk Seri Najib dan Umno BN. Hasil mahsul negara tidak dijana dengan optimum untuk rakyat dan negara malah dirompak melalui cukai GST, pelaburan dan hutang dalam 1MDB yang masuk ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib dan kuncu-kuncunya. Akibatnya perbelanjaan untuk keperluan utama rakyat dipotong seperti pendidikan tinggi IPT, kesihatan, pengangkutan dan lain-lain. Rakyat tertipu dengan janji 1Malaysia dan Transformasi yang penuh ilusi.

Jumpa di Dataran Merdeka!

hishamuddin-rais

Dataran Merdeka pernah menjadi kawasan larangan oleh mahkamah pada Bersih 2. Dalam Bersih 2 dan Bersih 3, di Dataran Merdeka dipasang kawat dan dawai berduri seperti yang dilakukan oleh kaum Zionis Israel ketika menghalang perjalanan warga Palestin di bumi Palestin.

Bersatu lawan BN, ingat sejarah dan terus maju ke hadapan

DEMI SARAWAK

(ULASAN) Kita mesti hormati prinsip asas pertandingan satu-lawan-satu seperti yang disahkan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dinyatakan dalam Perkara 5.5 Perjanjian Pakatan Harapan. Hari Penamaan Calon PRN Sarawak 2016 akan terpahat sebagai hari untuk mengingatkan kita agar bermuhasabah diri dan terus istiqamah dalam usaha untuk berkhidmat demi rakyat.

Banglo Guan Eng, transaksi Taman Manggis: BN hipokrit, tanpa fakta

lim-guan-eng-banglo

BN terlalu bersungguh untuk membeli tanah ini untuk membina rumah bagi golongan miskin dan tanpa membuang masa membayar 1% wang kesungguhan sebanyak RM 224,073 pada 3 Oktober 2012.

BN mempunyai wang yang melimpah ruah hinggakan ia membawa jumlah tersebut – hampir suku juta ringgit – dalam bentuk tunai bersama sebuah mesin pengira. Ketua Pemuda Negeri BN diiringi Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Tan Hing Teik dan Ketua Pemuda BN Tanjung, H’ng Khoon Leng telah pergi ke pejabat Ketua Menteri untuk menyerahkan wang tersebut pada jam 11 pagi tersebut.

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE