KeadilanDaily.com » BERITA UTAMA

Mana laporan ‘rundingan’ Umno dengan penceroboh Lahad Datu?
KUALA LUMPUR 22 MEI: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal tindakan kerajaan yang masih tidak mendedahkan hasil rundingan kerajaan dengan penceroboh Sulu.

Katanya, antara isu yang menyelubungi insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah Februari lalu ialah permintaan kumpulan bersenjata Sulu yang mahu bertemu seseorang yang berpangkat ‘VIP’ kerajaan Malaysia.

“Siapa personaliti VIP yang dikatakan Sultan Kiram yang ingin ditemuinya? Apa yang cuba dilindungi pimpinan Umno BN sehingga mereka enggan mendedahkannya?

“Bagaimana orang yang terlibat dengan pencerobohan merupakan seorang yang pernah menjadi ADO (Pembantu Pegawai Daerah) di Kudat? Ini persoalan yang mereka gagal jawab,” kata Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil kepada Keadilan Daily.

Laporan portal berita dan media sosial facebook beberapa bulan lalu memaparkan gambar pertemuan antara ketua penceroboh Lahad Datu, Agbimuddin Kiram dengan pemimpin Umno.

Antaranya bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan, Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pegawai Daerah di Kudat berdasarkan dokumen gaji 1975 kerajaan Sabah yang diperolehi dari arkib negeri.

Justeru kata Shamsul, tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu tidak akan didedahkan hanyalah wayang untuk mencipta persepsi buruk terhadap Pakatan Rakyat.

“Ini hanya tindakan yang didorong kepentingan Umno BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu, BN menjadikan isu ini untuk kepentingan mereka.

“Pakatan Rakyat konsisten. Pendirian kami bahawa isu Lahad Datu ini adalah isu keselamatan dan ia perlu ditangani secara tegas,” kata Shamsul.

Tambahnya, nama tiga pemimpin pembangkang yang cuba dikaitkan dengan insiden tersebut bertujuan mengurangkan tumpuan terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan Umno BN.

“Jangan kembalikan demokrasi di negara kita kepada era Mahathir yang memperkuda aparat kerajaan untuk menekan rakyat,” kata Shamsul.

‘Suara Rakyat Suara Keramat’ tema Kongres KEADILAN ke-9
(Oleh Aisha Geoffrey)

PETALING JAYA 22 MEI: ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ dipilih sebagai tema Kongres Nasional KEADILAN ke-9 yang diadakan dua hari bermula Jumaat ini.

Seramai 2,500 termasuk perwakilan, pemerhati dan jemputan khas akan menghadiri program rasmi parti itu yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perwakilan tersebut melibatkan 221 Cabang seluruh negara.

“KEADILAN sekarang mempunyai 222 Cabang tetapi hanya 221 yang akan hadir kerana satu cabang lagi iaitu di Igan, Sarawak belum berdaftar dengan ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan),” jelas Saifuddin turut memaklumkan hitam menjadi warna tema kongres.

Ibu Pejabat KEADILAN akan menyiarkan secara langsung perasmian kongres pada Sabtu yang dijadual bermula jam 8 pagi.

“Program berlangsung selama sehari iaitu dari pagi sehingga jam 7 petang.  Keperluan kita adalah untuk meluluskan Minit Kongres 2011, Penyata Kewangan 2011 dan Laporan Tahunan 2012,” jelasnya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

“Kongres kali ini bertujuan bagi menggantikan program yang sepatutnya dilangsungkan pada 2012, tetapi disebabkan kita mahu tumpu kepada pilihan raya, kita tangguh sehingga tahun ini,” kata Saifuddin lagi.

Tambahnya, tiga usul akan dibahaskan termasuk ucapan dasar presiden, perjalanan PRU 13 serta hala tuju KEADILAN.

“Seramai 16 pembahas akan membahaskan ketiga-tiga usul berkenaan yang bermula sejurus selepas ucapan Presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail),” katanya.

Sehari sebelum itu, Kongres Nasional melibatkan sayap KEADILAN – Angkatan Muda dan Wanita akan turut berlangsung di tempat sama.

“Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali akan merasmikan kongres tersebut sepertimana tradisi sebelum ini,” kata Saifuddin.

Penipuan BN, Pakatan Rakyat tidak akan menyerah – Anwar
(Oleh Nazar Hashim)

ALOR SETAR 22 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan tunduk kepada kemenangan BN yang diperoleh secara tipu sebaliknya perjuangan mendapatkan kebenaran untuk rakyat mesti diteruskan.

“Kami ingin memberi mesej jelas kepada Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi dan juga Perdana Menteri bahawa Pakatan tidak akan menyerah kalah.

“Kita tidak akan menyerah kuasa bila terbukti Pakatan telah pun menang PRU 5 Mei lalu. Pemimpin SPR dituntut meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan pilihan raya dengan adil dan telus,” kata Anwar.

“Putrajaya tidak boleh menjadi milik BN kerana mereka telah kalah sebenarnya. Kita tuntut Putrajaya dari mereka yang mendakwa menang, tapi menipu.

“Kabinet ‘recycle’ yang tidak berkualiti dibentuk Perdana Menteri juga tidak akan kita akui,” kata Anwar depan lebih 60,000 rakyat yang melimpah hingga di luar Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada Himpunan Black 505 malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menempelak pelantikan P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet baru yang dibentuk Datuk Seri Najib baru-baru ini.

“Pemimpin Hindraf ini pernah menolak keistimewaan dan hak orang Melayu dalam negara ini suatu ketika dahulu.

“Ke mana pergi Pemuda Umno dan Perkasa?

“Kenapa mereka tidak pertikaikan pelantikan pemimpin yang pernah mempertikaikan hak dan kedudukan orang Melayu ini? Kenapa mereka diam?” kata Anwar.

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua serta pimpinan Pakatan Kedah.

Wan Azizah: Anak muda seperti Adam Adli bawa obor perjuangan
(Oleh Sidiqin Omar)

JINJANG 22 MEI: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, anak-anak muda di Malaysia seperti Adam Adli Halim adalah harapan baru yang akan membawa obor perjuangan rakyat.

“Anak muda yang akan membawa obor perjuangan, membawa masa depan yang gemilang.

“Anak muda yang bersemangat akan membawa masa depan yang lebih baik kerana ada orang seperti Adam Adli,” kata Wan Azizah di hadapan 1,000 hadirin pada program nyalaan lilin ‘Bebaskan Adam Adli’ di depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur, dekat sini malam tadi.

Justeru Wan Azizah yakin, sokongan kuat rakyat terutamanya golongan muda yang berhimpun secara aman dapat membuka hati pemerintah untuk membebaskan aktivis mahasiswa itu dalam masa terdekat.

“Saya doakan semangatnya akan menjadi lebih kuat dan membuka hati semua orang. Teruskan berjuang. Kita yakin kita akan menang. Hidup rakyat!” katanya  disambut tepukan gemuruh.

Turut hadir, Pengarah Komunikasi dan Ahli Biro Politik KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Sivarasa Rasiah; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel termasuk ratusan aktivis NGO dan mahasiswa.

Beberapa peniaga t-shirt dan makanan turut mengambil kesempatan atas kehadiran ramai untuk membuka warung masing-masing membuat jualan.

Malah, beberapa kumpulan buskers jalanan turut membuat persembahan muzik akustik dan bacaan puisi, sambil diperhatikan kira-kira 30 anggota polis yang berpakaian preman.

Difahamkan, kempen pembebasan Adam diteruskan petang esok melalui program ‘flashmob Bebaskan Adam Adli’ di beberapa bandar utama termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang dan Johor.

Hari ini masuk hari kelima penahanan aktivis mahasiswa itu mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan berikutan ucapannya dalam program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia 13 Mei lalu.

Gaji Taib Mahmud RM39,000 sebulan, naik 3 kali ganda
KUCHING 22 MEI: Gaji bulanan Ketua Menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mulai 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan, menurut laporan Bernama.

Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji Timbalan Ketua Menteri, Menteri, Pembantu Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak.

Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan semalam oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, Timbalan Speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; Menteri Kanan dan Speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; Menteri, RM9,000 kepada RM27,000; Pembantu Menteri dan Timbalan Speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun, RM4,500 kepada RM15,000 dan Setiausaha Politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh dilapor berkata, semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

“Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Adun perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar,” katanya.

Wong berkata, rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Dengan kenaikan gaji ini, Ketua Menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.

Lebih 60,000 rakyat Kedah bangkit lawan penipuan SPR
(Oleh Nazar Hashim)

ALOR SETAR 22 MEI: Lebih 60,000 rakyat membanjiri Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, malam tadi dalam Black 505 bagi membantah penipuan BN walaupun himpunan itu ditentang kerajaan baru di bawah pemerintahan Datuk Mukhriz Mahathir.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan bertahan selagi badan itu menjadi kuda tunggangan Umno BN bagi mengekalkan kuasa.

“Kita yakin kemenangan ada bersama Pakatan Rakyat. Rakyat perlu bangkit dan menentang pembohongan berleluasa BN bagi mengembalikan suara rakyat yang cuba disekat oleh kerajaan baru di Kedah,” katanya.

Salahuddin berkata, rakyat tidak boleh memandang ringan usaha Pakatan untuk mengembalikan kuasa yang dirampas dengan cara menipu oleh BN pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Dengan kudrat yang ada, semua rakyat Kedah perlu bangun dan bangkit untuk menumbangkan SPR,” katanya sambil menegaskan negeri itu perlu dikembalikan kepada Pakatan kerana BN memperoleh kemenangan melalui penipuan secara

bersekongkol dengan SPR.

“Jika saya yang kalah di Johor, terus bangun, boleh berdiri dan berlari dengan penuh semangat juang bagi mengekang penipuan Umno BN dan SPR, tidak mustahil rakyat Kedah juga mampu berbuat demikian,” katanya disambut tepukan gemuruh dan kibaran bendera komponen Pakatan.

Pemimpin PAS yang turut berucap ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar; Ketua Pengarah Pilihan Raya, Dr Mohd Hatta Ramli serta Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Ketua Umum dan Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tian Chua juga turut berucap. Adun Kota Darul Aman, Teoh Boon Kok pula mewakili Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

KEADILAN dedah pegawai SPR buka beg kertas undi yang disimpan
KUALA LUMPUR 21 MEI: Seorang pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendedahkan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.

Ketua AMK Ketereh, Mohd Sukirman Mustafa memberitahu, beberapa orang anggota parti dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 16 Mei.

Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh dibukan dengan perintah Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, pegawai yang membuka materi keselamatan di beg berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa daripada beg yang disimpan di pejabat Majlis Daerah Ketereh.

“Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa,” kata Sukirman.

Katanya, Cabang KEADILAN di situ dimaklumkan oleh seorang individu yang memberitahu bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada kira-kira jam 11 pagi pada 7 Mei.

Sukirman berkata anggota KEADILAN merakam gambar pegawai SPR tersebut yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan mengenai perkara itu daripada SPR.

Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah. – Malaysiakini

Semangat Adam Adli terpancar di setiap wajah anak muda – Bapa
(Oleh Aisha Geoffrey)

JINJANG 21 MEI: Bapa Adam Adli, Halim Hamid berbangga dengan sikap juang anaknya dan terharu dengan sokongan anak muda yang hampir setiap hari turun bersolidariti di hadapan balai polis aktivis mahasiswa itu ditahan.

Halim hari ini melawat Adam di Lokap Berpusat Kuala Lumpur, dekat sini setelah direman tiga hari bermula Ahad lalu.

“Beliau gembira sebab tinggal dua hari lagi beliau akan kembali bersama yang lain di luar sana. Pesan Adam teruskan berjuang, ini hanya permulaan,” kata Halim menyampaikan pesanan anaknya.

“Saya juga tidak kesal kerana saya nampak Adam di setiap wajah anak muda yang turut menyokong perjuangan ini,” kata Halim lagi kepada Keadilan Daily.

Beliau hadir ditemani peguam, Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar dan Datuk S Ambiga.

Fadiah mempersoal tindakan pihak berkuasa yang menghalang beliau dan Halim untuk bertemu Adam secara terus.

“Walaupun tiga peguam hadir, hanya seorang dibenarkan masuk, dan kita cuma dibenarkan bercakap melalui dinding kaca yang hanya ada lubang-lubang kecil untuk berkomunikasi,” jelas Fadiah.

“Susah sebab ini pengalaman pertama saya bertemu anak guam yang baru direman tetapi tidak boleh bercakap terus. Sedangkan dia belum disabitkan kesalahan atau melakukan jenayah berat untuk diperlakukan sebegitu,” katanya.

Menurut Fadiah, Adam masih dalam proses siasatan setiap hari sejak direman bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.

“Kita pun tak faham kenapa perlu reman sampai lima hari, sedangkan bukti semua ada dalam video. Jika itu yang menjadi bukti kukuh bawa saja Adam ke mahkamah dan dibicarakan supaya beliau mendapat pembelaan,” tegasnya.

Fadiah turut menyifatkan penahanan Adam sebagai tindakan kerajaan untuk menekan rakyat supaya tidak bersuara dan melawan.

“Memang jelas ini satu cara untuk menghukum Adam dan memberi mesej kepada orang ramai bahawa jika kita bersuara inilah hukuman yang akan kita terima,” katanya.

“Kita akan terus memantau dan bersolidariti sehingga Adam dibebaskan. Kita juga tidak akan senyap selagi akta zalim iaitu Akta Hasutan ini masih berkuatkuasa di Malaysia,” tegasnya.

Adam akan dibebaskan Khamis ini setelah ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan, Sabtu lalu, kerana dituduh menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan, sedangkan beliau

hanya menyuarakan bantahan terhadap sistem pilihan raya Malaysia yang dilaksanakan secara penipuan.

Pengundi Parlimen Kuantan buktikan mengundi dua kali
KUALA LUMPUR 21 MEI: Seorang pemuda di Kuantan semalam mendedahkan, beliau boleh mengundi dua kali biarpun sebelum ini Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) bermati-matian menyangkal dakwaan boleh mengundi lebih sekali ekoran penggunaan dakwat kekal.

Mohd Fadhli Khaharruddin, mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.

“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali, maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya lagi pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar semalam yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Bagaimanapun, beliau mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.

Ekoran dakwat kekal yang boleh tanggal dan terlalu mudah untuk melepasi setiap petugas untuk mengundi kali kedua itu, beliau membuat satu laporan polis.

Laporan polis itu katanya dibuat supaya tindakan beliau itu tidak ditafsir sebagai mempermainkan sistem pilihan raya.

Tindakan Mohd Fadhli ini sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa wujud ruang manipulasi yang mendorong kepada penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu.

Sementara itu, Fuziah berkata, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.

“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya.

Tema hitam di Kongres KEADILAN 24 & 25 Mei ini
KUALA LUMPUR, 21 MEI: Kongres Nasional KEADILAN ke-9 akan diadakan pada 24 dan 25 Mei 2013 bertempat di Dewan Sivik MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya)

Kongres KEADILAN kali ini membawa warna tema hitam dengan slogan ‘Suara Rakyat, Suara Keramat’ simbol kebangkitan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah akan menyampaikan ucaptama pada hari Sabtu jam 8.30 pagi sekaligus merasmikan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-9.

Perasmian bersama Kongres AMK dan Wanita akan disempurnakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada hari Jumaat jam 2 petang.

Pendaftaran boleh dibuat bermula jam 10 pagi. Dijangka lebih 2,500 perwakilan dan pemerhati serta jemputan khas dari luar negara akan hadir.

Ibu pejabat KEADILAN juga akan membuat siaran langsung (livestream) bagi upacara perasmian Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kali ke-9.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat digalakkan untuk menghubungi urusetia program di talian 012-6541415 (Syed Shah) atau emel kepada Pengurus Operasi ibu pejabat KEADILAN di alamat nurulhuda@keadilanrakyat.org