Category archives for: BERITA UTAMA

‘Mahu 3 penjuru? Letak jawatan dalam Selangor’

syed-shah

Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman mencabar PAS untuk meletakkan jawatan mereka dalam pentadbiran Selangor serta-merta memandangkan parti itu serius mahu mencetuskan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang. Syed Badli melontarkan cabaran tersebut selepas Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mengulangi kesediaan parti itu untuk bertanding di 42 daripada […]

‘Benarkah MAS perlukan Boeing yang baharu?’

duit raya

Pakatan Harapan mempersoalkan sama ada syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAS) benar-benar memerlukan pesawat yang diumumkan Perdana Menteri Najib Razak untuk dibeli semasa pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Ketua Dasar dan Strategi Bersatu Dr Rais Hussin pada sidang media hari ini berkata, tidak berapa lama sebelum ini pada Jun 2016 Malaysia Airlines […]

KEADILAN rakam takziah kepada keluarga mangsa kebakaran sekolah tahfiz

img_1164

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah dan simpati daripada parti dan kepimpinan Pakatan Harapan kepada keluarga mangsa kebakaran pusat tahfiz di Kuala Lumpur pagi ini. Beliau yang meluangkan masa menziarahi sekolah tersebut pagi ini berbuat demikian menerusi hantara Facebook beliau. “Bagi pihak seluruh kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan, kami […]

Azmin: Najib tergamak gadai KWSP demi gambar dengan Trump

Azmin 1

Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini terkejut dengan percubaan membodek presiden Amerika Syarikat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Dalam kenyataannya, Menteri Besar Selangor itu mendesak Najib untuk menjelaskan ikrarnya kepada Trump untuk melaburkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara “Adalah sukar dipercayai bahawa KWSP, mengikut Najib, akan […]

Najib teruja mahu perkukuh ekonomi US, ini jawapan Trump

Najib Rosmah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima maklum balas ringkas daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump apabila bercerita tentang pelaburan yang akan dibuat Malaysia di Amerika Syarikat dalam sesi lawatannya ke negara itu. Senario itu dapat dilihat menerusi transkrip perbualan Najib dan Trump sebelum mesyuarat dua hala Malaysia dan Amerika Syarikat. Trump memulakan ucapannya dengan […]

Rafizi: Duit orang ramai biaya insentif Najib untuk peneroka

Najib-Felda

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata dana awam akan digunakan untuk menampung insentif RM1 bilion buat peneroka Felda yang diumumkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana badan berkanun itu sudah mengalami kerugian besar. Ahli Parlimen Pandan itu membuat jangkaan tersebut berkata akaun Felda untuk 2015 yang dihantar ke Dewan Rakyat April lalu menunjukkan Kumpulan Felda […]

Rafizi yakin lawatan Najib ke AS bukan lawatan rasmi

rafizi

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendakwa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke White House bukan lawatan rasmi seorang ketua kerajaan seperti yang digambarkan kepada orang ramai. Ahli Parlimen Pandan itu membuat dakwaan tersebut berdasarkan ketiadaan protokol upacara sambutan rasmi untuk menyambut pemimpin yang kini bergelut dengan skandal dana sarat hutang itu. “Untuk membezakan […]

‘Penafian hak Anwar bakal jejaskan hubungan Malaysia-US’

Fitnah II 051

Menjelang lawatan perdana menteri ke Amerika Syarikat, penasihat undang-undang antarabangsa dari Amerika Syarikat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Putrajaya tentang kesan daripada pemenjaraan Ketua Umum KEADILAN itu. Kimberley Motley yang juga merupakan aktivis hak asasi manusia tersohor di peringkat antarabangsa berkata tindakan kerajaan untuk terus memenjarakan Anwar akan memburukkan nama Malaysia di […]

Vendor Bumiputera lenyap, kerajaan Najib lebih suka berdiam

Azan_Ismail

Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, berkata, walaupun Proton Holdings Bhd masih memiliki 50.1 peratus majoriti saham, namun syarikat China, iaitu Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, mempunyai peranan besar dalam masa depan syarikat itu dan sudah pasti vendor Bumiputera tidak akan dilindungi. Katanya, beliau melihat dengan pelantikan CEO baru Proton yang dikatakan juga dari negara […]

Wan Azizah merafak sembah takziah kepada kerabat Kedah

img_1107

Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi pihak Pakatan Harapan dan parti merakamkan ucapan sembah takziah kepada kerabat diraja Kedah di atas kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah. Almarhum baginda mangkat pada 2.30 petang tadi di Istana Anak Bukit di Alor Setar. “Dengan perasaan yang sugul dan dukacita patik bagi […]

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE