Cegah jenayah melalui pendidikan – TPM

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin pendidikan adalah pendekatan terbaik untuk mengurangkan kadar jenayah.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) hari ini.

“Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat EXCO Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

“Sebagai sebuah NGO yang giat mempromosikan kesedaran masyarakat dalam pencegahan jenayah, MCPF banyak membantu pihak berkuasa dalam mengurangkan kadar jenayah.

“Saya cukup yakin melalui keberkesanan mendidik masyarakat dalam pencegahan jenayah, kadar jenayah boleh dikurangkan seminima mungkin.

“Malaysia aman tanpa jenayah,” katanya menerusi Facebook.

Dr Wan Azizah merupakan pengerusi MCPF bermula 1 Februari lalu selepas mengambil alih jawatan itu daripada bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73840

Posted by on Aug 2 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE