Ceramah Anwar di Langkawi diteruskan walau tanpa permit

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan ceramah di Langkawi pada hujung minggu ini bertempat di padang PKB, Kelibang, Kuah.

Anwar yang dijadualkan tiba di Langkawi jam 7 petang akan diiringgi ke Hotel Bayview sebelum ke lokasi berkenaan untuk menyampaikan ceramahnya.

Menurut Pengerusi Pimpinan Negeri Kedah (PPNK), Datuk Wan Salleh Wan Isa ketika dihubungi KeadilanDaily.com berkata, ceramah itu akan bermula jam 10 malam dan bakal berakhir sebelum 12 tengah malam.

“Walaupun tidak mendapat permit untuk ceramah itu, namun saya terlebih dahulu menyatakan kepada pihak polis untuk mengadakan ceramah pada malam tersebut,” kata Wan Salleh.

Wan Salleh memberitahu, antara panel yang turut dijemput ketika ceramah itu terdiri daripada Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Sementara itu, Wan Salleh turut menganggarkan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Langkawi untuk datang mendengar ceramah Anwar di samping berpeluang mendekati pemimpin yang digeruni Umno itu.

“Setakat ini kita sudah menampal poster dan mengedar risalah mengenai ceramah yang akan diadakan ahad ini. Manakala di peringkat kampung, kita mula menghebahkan ceramah itu dengan kenderaan ke kampung-kampung supaya orang ramai tidak terlepas untuk bersama mendengar ceramah,” katanya.  

Mengulas mengenai topik yang akan dibangkitkan pada Ahad ini, Wan Salleh memberitahu, isu-isu semasa berhubung kenaikan barangan dan beberapa perkara lain juga bakal dibangkitkan dalam ceramah tersebut.

“Isu-isu semasa yang melanda negara kini bakal dijadikan sebagai topik utama ceramah tiga pemimpin itu,” ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=6124

Posted by on Feb 4 2011. Filed under NASIONAL, SEMASA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed.

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE