Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pahang 14 Mac (Khamis)
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan siri jelajahnya ke Pahang pada 14 Mac ini.
Bagi program pertama dalam siri jelajah itu, beliau dijadulkan akan menghadiri program Sepetang Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim jam 4.30 petang di Kampong Binjai, Kuala Lipis.
Seterusnya Anwar akan menyampaikan Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat di Markas PAS Darul Ansar, Kg Cempaka, Lancang jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.
Manakala bagi kemuncak siri jelajah itu, Anwar akan menyampaikan ceramah Perdana Merdeka Rakyat yang akan diadakan di Kuala Mai, Kuala Krau bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.
Barisan penceramah yang akan bersama beliau terdiri daripada Ketua Peneranagn PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman, Abas Awang, Dr Jamaluddin Abdul Rahim, Felicia Ling, Ahmad Nizam Hamid, Jusoh Darus dan Ustaz Sharil Azman.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47131






