Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim & pengumuman calon KEADILAN Melaka, Johor 8 April (Isnin)

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah dan mengumumkan calon KEADILAN dalam pilihan raya akan datang di Melaka dan Johor hari ini.

DSAI_PPR_SentulBeliau yang dijadualkan menyampaikan ceramah dan mengumumkan calon KEADILAN Melaka akan diadakan di Lot 478, Taman Bahagia, Bukit Baru bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Antara barisan penceramah yang akan bergandingan dengan beliau antaranya Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang juga calon bagi Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Goh Leong San dan Adly Zahari.

Manakala bagi ceramah di Johor dan pengumuman calon KEADILAN di negeri itu akan diadakan di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak (Depan D’ Anjung Inn, Tangkak) bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Seterusnya gandingan penceramah yang akan berkongsi pentas bersama Ketua Pembangkang itu terdiri daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, calon KEADILAN Johor Baharu, Jeneral (B) Tan Sri Hashim Hussein, Ahli Parlimen Bukit Bendera yang dicalonkan DAP Johor bertanding di Parlimen Kluang, Liew Ching Tong, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Muhammad dan Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Karim.

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49584

Posted by on Apr 8 2013. Filed under AKTIVITI & CERAMAH. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google