Cerdas, bernas dan kemas tunjang keutuhan Pakatan Harapan

(Oleh Nadia Hanafi)

SHAH ALAM 9 JAN: Selepas 110 hari Pakatan Harapan ditubuh dan dilancarkan, gabungan tiga parti pembangkang ini perlu maju dengan lebih cerdas, bernas dan kemas, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah.

2“Lebih cerdas dengan keberanian politik bukan sahaja sebagai wadah politik dan wadah pembangkang tetapi juga menunggu hari kita di Putrajaya.

“Lebih bernas supaya kita dapat menawarkan reformasi yang komprehensif untuk perubahan politik dan bukan sekadar menukar Putrajaya tetapi menukar configurasi politik mereformasi institusi-institusi awam dan melahirkan dasar utama yang lebih tuntas pada pertengahan tahun ini.

“Lebih kemas pula untuk menjadi kesatuan politik yang mampan antara tiga parti yang berhimpun di sini. Sebab itu perjanjian ini penting,” katanya merujuk dokumen rasmi Pakatan Harapan yang akan ditandatangani pemimpin tertinggi KEADILAN, DAP dan Amanah dalam Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.

Saifuddin berkata, setiap komponen perlu menyelesaikan sebarang masalah dengan terbaik supaya tidak berlanjutan.

IMG_7970“Sebagai parti dianggotai manusia biasa, justeru kita bukan wadah yang tidak ada masalah tetapi kita berusaha sedaya upaya menyelesaikan, sekurang-kurangnya tidak menambah masalah sedia ada atau paling tidak mencegah daripada merebak,” ujar beliau.

Menurutnya, perjanjian Pakatan Harapan yang dibincangkan di peringkat Majlis Setiausaha, Majlis Presiden parti masing-masing adalah terbuka dan paling penting persefahaman sesama parti.

“Perjanjian ini bukan dokumen undang-undang, bukan satu MOU tapi dokumen perjanjian politik. Perjanjian ini tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar, ia adalah persefahaman, iltizam antara ketiga parti dalam Pakatan Harapan.

“Perjanjian ini bukan tongkat sakti atau kayu cemati tetapi tali yang disepakati yang dipegang teguh dengan sekuat hati demi ibu pertiwi. Berdoa agar kita dirahmati dan diberkati,” kata Saifuddin.

12400903_665501256886487_7739068511435058551_nPerjanjian dokumen tersebut merangkumi 7 fasal utama termasuk prinsip dan kaedah membuat keputusan, membina kesatuan politik antara parti, menyelesaikan pertikaian antara parti, membangunkan dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama.

1Perjanjian tersebut akan dibentangkan wakil ketiga-tiga parti iaitu Rafizi Ramli, Anthony Loke dan Anuar Tahir serta dibahaskan wakil-wakil parti, sebelum ia dilancarkan.

Ia boleh dimuat turun di pakatanharapan.my mulai 1 petang ini.

Pimpinan utama yang menyampaikan ucapan di persidangan ini adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=68584

Posted by on Jan 9 2016. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE