Cui bono – Siapa untung? (oleh Hishamuddin Rais)

Minggu ini saya memperkenalkan satu ayat dalam bahasa Latin – Cui bono – siapa untung. Ayat ini mucul di kota Rom dalam tahun 1604. Hari ini ayat ini sedang digunakan  oleh FBI, CIA, Mossad, MI5, MI6 atau FSB badan risik yang menggantikan KGB di Rusia. Ayat ini menjadi kunci untuk apa sahaja bentuk siasatan intel, jenayah dan analisa politik.

Cui bono – siapa untung – adalah teknik dan cara untuk menjalankan siasatan. Kalau FBI di Amerika membuat siasatan keatas Mafia pembawa dadah atau kartel dadah dari  Colombia maka Cui bono ini adalah ‘Al-Fatihah’ pembuka surah. Semua badan risikan dan polis dalam dunia ini akan menggunakan cui bono – kecuali polis Malaysia dalam kes pembunuhan Altantuya.sulu lahad datu

Cui bono atau siapa untung ini dijadikan mantra. Apa sahaja tindak tanduk manusia semuanya berasaskan cui bono. Gadis Iran membawa dadah ke Malaysia untuk mendapat untung ringgit dan dolar. Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty memadamkan ‘Anak Lelaki’ untuk kelentong orang Melayu. Sangkaran Pillai menukar naka menjadi Chandra Muzaffar untuk tipu Melayu. Justeru manusia akan melakukan apa sahaja untuk keuntungan diri. Dengan ini jika kita mengkaji dan melakukan siasatan maka cui bono ini adalah kunci.

Setelah memahami apa itu cui bono maka saya buka kembali analisa terhadap apa saya panggil Sandiwara Al-Lahad Datu. Saya cukup yakin apa yang berlaku di Lahad Datu semuanya adalah sandiwara. Kenapa saya berani berkata sedemikian? Jawabnya cukup senang : cui bono – siapa untung.

Sebelum kita meneliti keuntungan itu biar saya bogelkan beberapa fakta lawak. Kita diberitahu satu gerombolan 100 orang warga Sulu yang lengkap bersenjata telah masuk ke Lahad Datu. Bagaimana warga Sulu ini datang tidak jelas.

Kemudian akhabar dan media milik United Malays National Organisation mula memuntah berita-berita lawak lagi bodoh. Jumlah 100 orang menjadi 40. Kenapa demikian tidak jelas. Wartawan dalam dan luar negara TIDAK dibenarkan melapor. Wartawan AL-Jazeera telah ditangkap dan ditendang keluar. Yang boleh melapor hanya media milik Ketuanan Melayu.

Najib dan sepupunya Hishammuddin kurang sedar bahawa Ronald Reagan telah menghadiahkan kepada dunia apa yang dipanggil internet. Melalui sistem internet ini kita semua dapat membaca laporan-laporan dari media Filipina dan media dunia.

Dari media Filipina kita tahu bahawa sosok yang berkaca mata hitam saperti rupa Mat Daud Kilau ialah Sultan Sulu yang tinggal di Manila. Sultan ini sedang menuntut hak terhadap Sabah. Dari media Filipina untuk pertama kalinya rakyat Malaysia mendapat tahu secara resmi bahawa didalam perlembagaan Filipina, Sabah adalah sebahagian dari negara Filipina. Untuk pertama kalinya rakyat Malaysia tahu bahawa setiap tahun kerajaan Malaysia membayar sewa kepada Sultan Sulu kerana memakai Sabah.Altantuya

Internet juga memberi kita tahu bahawa Sultan Sulu ini ramai. Kita juga tahu bahawa Lokman Adam ialah penasihat salah seorang dari Sultan Sulu ini. Kita juga tahu pemimpin 100 penceroboh bersenjata itu ialah bekas ADO di Sabah dan warga Malaysia.

Pada hari kedua sesudah 100 penceroboh masuk kita diberitahu bahawa mereka ini adalah delegasi dari Sulu yang ingin berbincang dengan seorang ‘personaliti’. Mengikut media milik Ketuanan Melayu sesudah berbincang dengan ‘personaliti’ ini maka gerombolan 100 orang ini akan beredar. Siapa personaliti ini hingga ke hari ini tidak pulak diberitahu. Maka spekulasi timbul walaupun Ketua Polis Negara melarang kita semua berspekulasi. Orang ramai tertanya-tanya apakah Sultan Sulu menghantar delegasi untuk meminang Ziana Zain atau datang untuk meminang adik Ziana Zain. Untuk rakyat Malaysia pekara ini masuk akal kerana Najib dan sepupunya amat rapat dengan keluarga Zain ini.

Selama 21 hari delegasi Sultan Sulu ini ‘bermastautin’ di Lahad Datu. Satu Malaysia tidak tahu apa yang dibincangkan. Apa yang mereka labonkan berminggu minggu. Kelambatan Najib dan sepupunya mengambil tindakan telah menjadikan bekas Menteri Besar Selangor menyinga marah. Khir Toyo telah menyelar Najib kerana gagal bertindak. Dalam bahasa anak muda Khir Toyo telah berkata : Najib ini poyo!

Tiba-tiba sandiwara ini menjadi gempak apabila berlaku tembakan dan kematian. Jeng jeng jeng… suasana kini beralih. Maka diumumkan secara rasmi bahawa PDRM sedang menjalankan apa yang dipanggil panggil Ops Sulu. Warga Sulu yang mungkin datang untuk melamar Ziana Zain kini dianggap sebagai penceroboh. Lawak bodoh ini terus menjadi lawak seram kerana si penceroboh memakai pakaian seragam dan bersenjata lengkap. Dari mana senjata ini datang walah hu alam bisawab – tidak pernah rakyat Malaysia diberitahu.

Dari awal lagi satu persoalan hakiki telah muncul. Kenapa hantar polis. Kenapa tidak dihantar tentera, wal hal penceroboh ini lengkap bersenjata. Untuk membodohkan Bani Melayu maka diumumkan bahawa Malaysia tidak boleh menghantar tentera kerana ini melanggar ‘Geneva Convention’, Kah kah kah. Kenyatan Najib tentang ‘Geneva Convention’ membuktikan bahawa Najib ini bukan sahaja poyo tetapi betul-betul bangang.Najib Tidor

Najib dan sepupunya menjangkkan rakyat Malaysia ini bodoh macam telor, menerima apa sahaja yang dilaporan oleh TV3. Ini silap besar kerana rakyat Malaysia secara logik akan bertanya kenapa Tentera DiRaja Thai datang menyerang Gerakan Pembebasan Petani atau kenapa Tentera Rusia menyerang Chechen? Kalau mengikut logik Geneva Convention Najib, serangan tentera Siam ini bermakna kerajaan Siam di Bangkok mengitiraf kerajaan Melayu Petani. Kah kah kah.

Sandiwara ini bertambah bodoh apabila jet pejuang mula menjatuhkan bom. Sandiwara disini bukan tentang bom ini sengaja dijatuhkan ditempat yang salah hingga menggangu tupai dan cikah. Babak bom ini menjadi sandiwara kerana semenjak bila PDRM memiliki jet pejuang.

Perhatikan betul-betul media Ketuanan Melayu sekarang. Secara di rancang Ops Sulu tetiba berubah menjadi Ops Daulat. Penceroboh kini menjadi militan dan pengganas.

Kenapa begini? Untuk memahami ini mari kita kembali kepada Cui bono – siapa untung dalam pementasan sandiwara ini.

Satu Malaysia tahu bahawa United Malays National Organisation akan bungkus dalam PRU13 ini. Kemenangan dalam PRU12 dahulu hanya dibantu oleh undi haram dari Sabah.
Ketika sandiwara Lahad Datu dipentaskan parti Kertuanan Melayu ini sedang nyawa-nyawa ikan. Siasatan DiRaja tentang kad pengenalan segera sedang berjalan di Kota
Kinabalu. Balasubramaniam baru sahaja pulang dari India dan sedang membuka kesah jahat keluarga Najib. Adik angkat Rosmah Mansor, Deepak Jaikshan sedang meroyan ke
hulu ke hilir membawa kesah ‘cintanya’ dengan Rosmah Mansor. Muhyiddin Yassin pula sedang mengumpulkan bala tentera – lebih besar dari Tentera DiRaja Sulu – untuk
menendang Najib.

Jelas Cui bono memerlukan motif. Bukan seperti Azilah dan Sirul membunuh Altantuya tanpa motif. Motif pementasan sandiwara Al-Lahad Datu ialah untuk memadam dan
memesongkan pandangan rakyat Malaysia terhadap realiti politik yang sedang berlaku. Sesak nafas yang dihadapi Najib hilang apabila sandiwara Ops Sulu a.k.a Ops Daulat
dipentaskan.

Dengan sekelip mata kisah Bala, kisah Deepak, kisah Scorpene, kisah Najib akan didakwa di Paris – hilang dari pembacaan umum. Setiap hari media United Malays National
Organisation memaparkan sentimen sedih. Media mengajak Bani Melayu agar bersatu menyokong United Malays National Organisation kerana ada Mat Sulu yang dulunya diberi
kad pengenalan segera kini sudah berani melawan towkay.

Ops Daulat ini mengingatkan saya kepada PRU tahun 1964 dimana United Malays National Organisation dengan MIC dan MCA telah menang besar kerana pada ketika itu ada
musuh luar bernama Bung Karno. Kali ini dalam tahun 2013 nampaknya teknik ‘mewujudkan musuh luar’ sedang digunakan untuk mengembalikan kesetiaan anak semua bangsa
yang sudah bangun untuk menerajang mampus parti Ketuanan Melayu.

Lihat bagaimana laporan membawa jenazah disiar tv terus menerus dari lapangan terbang ke tanah perkuburan. Ini bertujuan untuk menimbulkan simpatai kepada United
Malays National Ornagisation. Belas kasihanlah kepada parti ini kerana sedang berjuang melawan musuh dari luar. Najib dan United Malays National Organisation sedang
meraih untung dari simpati orang ramai.

Yakinlah tidak lama lagi akan diadakan perhimpunan besar-besarkan untuk membakar semangat patriotik anak semua bangsa untuk terus menyokong kerajaan haram ini. Semua
ini adalah skrip sandiwara Al-Lahad Datu. Saya juga tidak hairan jika akan dipentaskan beberapa sandiwara – seperti Sandiwara Prebet Adam, Al-Maunah dan dan dan. Semua
ini untuk mengolah persetujuan agar rakyat akan terus menyokong kerajaan.

Najib Razak berhujah bahawa Lahad Datu bukan sandiwara kerana adanya kematian. Untuk ini saya membawa pembaca kepada sandiwara Mei 13. Mei 13 dipentaskan kerana United
Malays National Organisation telah hilang kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Hari ini kita faham bahawa Mei 13 ini dirancang untuk menyelamatkan kuasa elit
politik. Kematian hanya memperkukuhkan lagi skrip sandiwara itu.

Statistik rasmi : antara tahun 2000 hingga Februari 2010 menunjukkan seramai 144 kes kematian dalam lokap dilaporkan melibatkan 64 orang Melayu, 30 orang Cina, 28
orang India, 8 bagi kaum-kaum lain dan 14 kes kematian bagi warga asing. Soalannya kenapa Najib tidak tunggang langkang bersedoh bila membaca angka kematian ini?

Kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada yang gugur. Tetapi kematian kerana bukan bermakna Lahad Datu tidak sandiwara. Ini kerana Cui bono – yang untung dalam sandiawara
ialah Najib Razak.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47407

Posted by on Mar 15 2013. Filed under RENCANA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google